Saya Tidak Mahu Lihat PAS & UMNO Bersatu -Mahfuz

AIDCNews – 28/11/16 – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akhirnya melahirkan pendapat sebenarnya bahawa beliau tidak mahu melihat PAS dan UMNO bersatu dalam pilihan raya umum ke-14.

Sebaliknya beliau bersetuju agar PAS kembali kepada pangkuan Pakatan Harapan membentuk grand coalition (gagasan besar) bersama DAP, PKR dan PAN.

“Saya tidak mengimpikan kerjasama antara PAS dan UMNO dalam pilihan raya ini, tetapi saya mengimpikan PAS kembali kepada pakatan pembangkang (PH) membentuk ‘grand coalition’.

“Soal akan berpecah (selepas PAS menyertai gagasan besar) langsung tidak berbangkit,”katanya.

Mahfuz sebelum ini dilihat bertindak tidak sejajar dengan arahan PAS pusat, termasuk menyertai perhimpunan BERSIH 5 di mana PAS pusat mengumumkan tidak menyertai perhimpunan jalanan masyarakat sivil itu.

Turut menyertai perhimpunan BERSIH 5 adalah individu-individu yang sejalur dengan pemikirannya iaitu dua tokoh PAS Kedah; YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan dan YB Ir.Amiruddin Hamzah, ADUN PAS Anak Bukit.

Mahfuz sebelum ini pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah.

Di samping ketiga tokoh PAS dari Kedah itu, turut menyertai BERSIH 5 adalah dua tokoh dari PAS Kelantan yang sebelum ini dilihat intim bersama dengan Datuk Husam Musa.

Mereka adalah; YB Ahmad Baihaqi, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan YB Dr. Nik Mazian, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan.

Seorang lagi tokoh PAS yang dilihat selari dengan pemikiran PAN adalah YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu yang juga turut hadir dalam perhimpunan BERSIH 5 baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menafikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menuntut parti itu dimasukkan sebagai ‘Pakatan Harapan plus’ dengan PH, sebaliknya parti itu mahu menjadi kompenan ke-4 PH yang sekarang ini diwakili DAP, PKR dan PAN.

“Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu (PPBM) diterima dalam keluarga PH.

“Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima Bersatu (PPBM) menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam PH menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,” kata Salahuddin kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama PAN Pulau Pinang pada Ahad.

Menurut Salahuddin, keputusan PPBM menyertai PH akan diputuskan pada 13 Disember depan.

‘Pakatan Harapan plus’ adalah satu kaedah ‘grand coalation’ yang diilhamkan DAP iaitu suatu pakatan besar di antara PH (DAP, PKR dan PAN) dengan sesuatu parti pembangkang lain yang dianggap besar atau setara dengan kekuatan PH.

Namun,jika parti itu lemah atau tidak setara dengan kekuatan PH dan dilihat mahu menumpang kekuatan PH, maka parti itu boleh memohon menjadi salah satu kompenan PH.

Seperti dalam kes PPBM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), permohonan untuk menyertai PH akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Presiden PH.

Majlis Presiden PH yang dianggotai kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAN itu boleh memutuskan sama ada menerima atau menolak sesuatu parti tersebut.

Jika sesuatu parti diiktiraf sebagai ‘Pakatan Harapan plus’, parti berkenaan tidak terikat dengan perjanjian bersama PH, tetapi hanya bersekutu dengan PH dalam konteks perkara-perkara asas sebagai pembangkang dalam menghadapi PRU 14.

Namun, jika sesuatu parti diiktiraf sebagai salah satu kompenan PH, maka parti itu diwajibkan mematuhi semua perjanjian bersama yang telah ditandatangani di antara DAP, PKR dan PAN sebelum ini.

Muhyiddin Mohon Maaf Tangguh Tandatangan Masuk Pakatan Harapan Hari Ini

‘Grand coalation’ merupakan satu istilah yang diilhamkan DAP melalui retreat DAP Selangor Mac lalu sebagai satu kaedah paling berkesan pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 14.

Dalam konsep ini, bukan sahaja parti, namun individu atau tokoh yang dianggap berpengaruh boleh bersekutu dalam ‘grand coalation’ gagasan DAP itu.

2 thoughts on “Saya Tidak Mahu Lihat PAS & UMNO Bersatu -Mahfuz

  1. Kalau benar rakyat sokong PH mereka tak perlu takut. Percaya tidak PPBN, PAN, PKR sebenarnya hanyalah parasit yang hanya guna pengaruh parti lain. Paling memalukan PKR yg masih gagal memperkasakan parti sejak penubuhan. Langsung tiada matlamat dan ideologi. DAP ada Malaysian Malaysia, PAS berteraskan islam, PKR? Masih Anwar Ibrahim? Ini zaman Tun M sebagai ketua apa relevannya DSAI? Ciptalah satu matlamat sendiri….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s