Maria Chin & Empower Disyaki Terima Dana Tajaan George Soros

AIDCNews – 29/11/16 –Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) dan ketuanya, Maria Chin Abdullah disiasat kerana disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Khalid berkata serbuan di pejabat Empower di Petaling Jaya semalam dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah menemui bukti dan merampas beberapa dokumen untuk siasatan lanjut.

“Polis sedang mengumpulkan maklumat dan setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, kami akan menahan beberapa individu lagi dalam tempoh terdekat ini.

“Saya menasihatkan semua agar berhati-hati sekiranya berurusan dengan pihak luar kerana polis masih memantau beberapa NGO yang lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Kawasaki KLX250 sumbangan Felda Global Ventures Holdings Berhad kepada Polis Diraja Malaysia pada Selasa.

Laman sesawang DC Leaks mendakwa Soros membiayai kumpulan pendesak dan badan bukan kerajaan dalam usahanya untuk mempengaruhi pilihan raya Malaysia.

Menyentuh mengenai pembebasan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah semalam, Khalid berkata: “Kami membebaskan Maria walaupun belum sampai 28 hari kerana perkara yang diperlukan untuk siasatan telah diselesaikan dan tiada sebab untuk menahan beliau dengan lebih lama lagi,” katanya.

Maria juga merupakan Ketua Empower.

Khalid berkata polis telah mengambil keputusan bagi membebaskan Maria namun siasatan masih diteruskan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Maria ditahan 18 November lepas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Katanya, polis juga sedang menyiasat Maria di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan yang telah dilakukan.

Khalid menegaskan Maria belum terlepas daripada siasatan polis walaupun dibebaskan dan menafikan dakwaan Maria bahawa beliau tidak lagi disiasat.

“Itu tidak benar. Siasatan itu akan kami kemaskinikan dan kertas siasatan akan kita kemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh satu bulan,” katanya.

Kenyataan Media Ketua Polis Negara Berkenaan Penahanan Maria Chin Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s