Mengenali Suami Maria Chin Melalui Rakan Karibnya, Hishamuddin Rais

AIDCNews – 29/11/16 –Rakan karib arwah Yunus Lebai Ali adalah Hishamuddin Rais yang sama-sama terlibat dalam Kelab Sosialis Universiti Malaya dan melarikan diri ke luar negara untuk mengelakkan diri daripada ditangkap polis ekoran demontrasi mahasiswa sekitar tahun 1970-an.

“Mohd Yunus Ali ini, saya katakan tadi di Hong Kong, dia menterjemahkan buku Russia (berkaitan komunis?), di sini (Malaysia) juga, dia menterjemahkan dua buku.

“Kamasutra (buku seni seks dari India) yang pertama dalam Bahasa Melayu itu adalah terjemahan Yunus Ali dan juga “The Perfumed Garden” (buku seni seks dari Arab).

“Orang tidak tahu, Yunus ini, selain daripada pembaca yang rakus, dia juga seorang penterjemah,”kata Hishamuddin ketika memperingati kematian sahabat karibnya itu pada 2010.

Seorang lagi aktivis Kelab Sosialis UM, Kamarazaman Yaacob memberitahu empat aktivis kelab itu, termasuk dirinya berusaha melarikan diri selepas demonstrasi pelajar tahun 1970-an, namun hanya Yunus dan Hishamuddin sahaja yang berjaya.

“Kami empat orang, Hishamuddin, Yunus, Abu Zer dan saya. Hisham dan Yunus bergerak melalui Selatan dua hari lebih awal.

“Akhirnya saya ditangkap. Abu Zer (Allahayarham) sertai rejemen ke-10 PKM (Parti Komunis Malaya). Yunus lari semasa menyertai satu persidangan di Hong Kong. Hishamuddin turut lari melalui jalan IBHY,” dedahnya.

Kamarazaman juga memberitahu ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan Yunus di bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987, dia telah dituduh menyokong perjuangan komunis dan berjumpa dengan Chin Peng di Hong Kong.

“Semasa Che Det (Tun Mahathir) menangkap 107 orang di bawah ISA, komrad Yunus turut terjala sama. Ditahan 2 tahun di Kamunting.

“Malah KDN mengeluarkan Kertas Putih mengenai kegiatan Yunus termasuk menemui Chin Peng bersama Hishamuddin di Hong Kong,” dedahnya lagi.

Yunus dilaporkan kembali semula ke Malaysia pada tahun 1986 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Selanjutnya, sila baca “Menyingkap Latar Belakang Arwah Yunus Lebai Ali, Suami Maria Chin Abdullah

Menurut Time. Com, Yunus telah bertemu dengan Mary Chin Cheen Lian di London pada tahun 1970-an dan pasangan itu berkahwin pada tahun 1993.

“Dia (Chin) memeluk agama Islam (menukar nama Maria Chin Abdullah) ketika berkahwin dengan aktivis Yunus Ali pada tahun 1993 – di mana mereka telah bertemu di tahun 1970-an apabila Yunus dibuang negara ke London,”lapor Time.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Maria kembali ke Malaysia pada 1985 dan terus melakukan kerja advokasi wanita, di mana dia dan beberapa orang lain menubuhkan Awam (Persatuan Pergerakan Wanita).

“Sekembalinya di Malaysia, Maria kemudiaan berkawan rapat dengan seorang lagi aktivis, allahyarham Yunus Ali dan kemudiaan berkahwin pada 1993,”lapor portal itu.

Maria mengakui dia serasi dengan suaminya itu terutamanya berkaitan dengan perjuangan femenisme.

“Kami mempunyai banyak persamaan, terutamanya apa yang berlaku di negara ini. Arwah berminat dalam hak wanita, suatu yang agak berlainan,” katanya.

Maria berkata, apabila beliau menubuhkan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) yang bekerja untuk membantu wanita dan belia terpinggir, Yunus turut membantu menjalankan latihan gender dan peserta menerima beliau dengan baik.

“Beliau komited untuk keadilan dan keperluan seseorang menjadi lebih telus dan bertanggungjawab. Pada tahun 1970-an , ketika dia bersama Hisham, mereka komited untuk memastikan mereka boleh membawa perubahan,” katanya merujuk kepada rakan suaminya, aktivis Hishamuddin Rais .

Pengikut setia Yunus, Amin Iskandar (Black) menceritakan dia bertemu Yunus sekitar tahun 2004, ketika itu Yunus merupakan pengarah eksekutif Pusat Janadaya atau Empower, sebuah NGO yang melaksanakan kerja-kerja mempromosi demokrasi dan hak asasi manusia.

Yunus kemudiannya menubuhkan Institut Integriti Pilihan Raya (NIEI) pada 4 Julai 2007 dan Pusat Janadaya telah ditukar nama kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) pada tahun 2008.

Sama seperti Yunus, Hishamuddin juga turut melarikan diri ke London dan menetap kota itu kira-kira 15 tahun.

Berbeza dengan Yunus, Hishamudin hanya pulang ke Malaysia pada tahun 1994.

“Walaupun dia (Yunus) pergi (meninggal dunia) agak muda, belum masuk 60 tahun umur dia, tapi rasa saya, dia memiliki kehidupan yang sempurna.

“Lebih sempurna daripada kehidupan saya. Dia (Yunus) meninggalkan anak (ketawa), meninggalkan balu…,” kata Hishamuddin.

Tiga orang anak Maria Chin Abdullah
Tiga orang anak Maria Chin Abdullah

Sebagai seorang yang tidak berkahwin, kehidupan Hishamuddin ditemani oleh dua ekor anjing kesayangannya yang diberi nama ‘Ezi’ dan ‘Jai’.

Seperti ajaran Karl Marx, agama adalah candu, Hishamuddin hanya Islam pada nama sahaja, dan dia juga turut meminati penulis ‘muslim liberal’, Irshad Manji yang berkahwin dengan pasangannya lesbiannya, Laura Albano.

isham

ishamrais-1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s