Sebab Sebenar Dr Mahathir Tidak Dijemput Ke Persidangan Kebangsaan DAP

AIDCNews – 29/11/16 –Kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menegaskan bahawa parti itu tidak mempelawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan menimbulkan banyak persoalan.

DAP memberi alasan bahawa PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Pakatan Harapan, sebab itu Dr Mahathir tidak boleh dijemput menghadiri persidangan tersebut.

Dr Mahathir Tidak Dijemput Ke Persidangan Kebangsaan DAP

Kenyataan DAP itu bercanggah dengan tindakannya sebelum ini, di mana Dr Mahathir dijemput menghadiri Konvesyen Pakatan Harapan baru-baru ini, malah Pengerusi PPBM itu diberi slot khas untuk memberi ucap utama dalam konvesyen itu sedangkan ketika itu PPBM belum lagi diterima sebagai salah satu parti kerabat PH yang sah.

Serentak dengan penolakan DAP menjemput Dr Mahathir ke Persidangan Kebangsaan parti itu tersebar satu rakaman ucapan akar umbi DAP yang diberi ruang seluas-luasnya untuk mengecam bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Perwakilan DAP dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind diberi ruang berucap kepada perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 dengan disaksikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng seolah-olah merestui kecaman Shamsher Singh kepada Dr Mahathir itu yang melabelkannya sebagai bapa ayam atau bapa pelacur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s