Dalam Diam-Diam, PKR Serang PAS Kelantan Secara Terbuka

pkr-serang-pasAIDCNews – 30/11/16 – Dalam diam-diam PKR telah menyerang PAS Kelantan secara terbuka dengan memperbesarkan isu tangkapan orang asli di Gua Musang, kata Hanisya Abdul Hamid.

Hanisya yang dikenali sebagai Omak Kau berkata serangan PKR terhadap PAS Kelantan itu menggunakan flatform Pakatan Harapan.

“Pimpinan tertinggi PAS termasuk pimpinan kerajaan PAS Kelantan tidak pernah menyerang secara terbuka PKR dan kerajaan Selangor pimpinan Timbalan Presiden PKR atas dasar, sikap dan semangat menghormati Tahaluf Siyasi.

“Hari ini Presiden PKR bersama-sama dengan Presiden PAN dan Setiausaha Agung DAP atas nama Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menyelar kerajaan PAS Kelantan dalam isu penangkapan orang asal yang membuat blockade di Gua Musang oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Digambarkan seolah-olah kerajaan PAS Kelantan ini zalim tidak berhati perut dan tiada sifat kemanusian dalam naluri pimpinan PAS Kelantan,”kata Omak dalam Facebook hari ini.

Tambahnya, politik PKR memang licik,hipokrit dan jahat sehingga sanggup memfitnah ahli partinya sendiri, khususnya berkaitan dengan kes Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebab itu Omak sudah beberapa kali menyatakan tentang perangai dan hati budi PKR dalam isu pemecatan TSKI secara jahat dan jijik dengan 91 muka surat cerita yang direka cipta semata-mata mau angkat pemimpin tertentu menjadi MB Selangor.

“Kalau TSKI yang terbukti memiliki intergriti yang mulai dan suci sanggup difitnah, apa jaminan mengenai perkara lain.

“Nampaknya PAS sentiasa mengalah dan berpegang teguh kepada janji sebaliknya PKR akan bersikap lalang yang lebih condong akrab dan intimnya kepada DAP dan PAN.

“Sebab itu bila ada menasihatkan Omak agar jangan serang PKR atas alasan ada Tahaluf Siyasi dengan PAS maka jawapan Omak ialah .. INGAT PKR HORMATI SEMANGAT DAN ROH TAHALUF SIYASI DENGAN PAS????,”katanya lagi.

Omak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Pakatan Harapan berkaitan isu isu tangkapan orang asli di Gua Musang hari ini.

Kenyataan media lengkap Pakatan Harapan adalah seperti berikut :

KENYATAAN MEDIA MAJLIS KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN TERHADAP TANGKAPAN TERHADAP ORANG ASLI
DI GUA MUSANG

30 NOVEMBER 2016

Pakatan Harapan terkejut dan prihatin dengan laporan bahawa 41 Orang Asli yang terlibat dengan blockade balak di Gua Musang, Kelantan, telah ditangkap oleh pihak keselamatan negeri dalam satu operasi besar-besaran mereka semalam. Penangkapan aktivis Orang Asli Ini telah mendatangkan reaksi yang kuat daripada masyarakat umum dan masyarakat antarabangsa.

Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?

Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan.

Kemuncak daripada itu barulah baru-baru ini mereka melakukan blockade apabila melihat tiada penyelesaian konkrit dari pihak kerajaan negeri di samping ancaman makin teruk terhadap kehidupan mereka saban hari.

Beberapa NGO Alam Sekitar dan juga NGO Hak Asasi juga dilaporkan telah turun melawat kawasan terbabit dan telah mengesahkan wujud pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.

Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin. Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

Orang Asli adalah penduduk asal negara ini. Mereka adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.

Kami menyeru Kerajaan Negeri supaya bertindak adil, tegas dan ikhlas dalam membela Orang Asli dengan meminta pihak berkuasa membebaskan semua mereka yang ditangkap. Selepas dibebaskan, semua yang terlibat perlu kembali semula ke meja rundingan bagi mencari kemenangan untuk kedua-dua pihak.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH
Presiden Keadilan

MOHAMAD BIN SABU
Presiden AMANAH

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

2 thoughts on “Dalam Diam-Diam, PKR Serang PAS Kelantan Secara Terbuka

  1. Apa keperluan isu balak di Kelantan dibincangkan oleh PH? Selangor dan P.Pinang ada lebih banyak isu kenapa tak bincangkan? Apapun isu ini mmg sdg panas tp bukan isu baru. Mereka recycle isu lama.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s