Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Letak Syarat ‘Melayu’ Mesti Jadi PM

phAIDCNews – 30/11/16 –Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani ketiga-tiga parti, Presiden PKR Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN Haji Mohamad Sabu pada 9 Januari 2016 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, tidak meletakkan syarat seorang ‘Melayu’ mesti dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) jika sekiranya, pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Malah nama Anwar Ibrahim tidak dicatatkan sebagai bakal PM dalam dokumen perjanjian bersama itu dan ia sekadar menjadi propaganda politik PH, di pentas-pentas ceramah tanpa memuktamadkannya sebagai perjanjian bertulis.

tandatangan

Perjanjian yang ditandatangani bersama ketiga-tiga-tiga parti itu tidak menyebut Anwar Ibrahim sebagai PM juga tidak meletakkan syarat seorang berbangsa Melayu mesti menjadi PM, sebaliknya ia bersifat terbuka tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang dipilih mengikut kaedah seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 1 Keputusan Bersama tertakluk kepada Fasal 6.4. Wakil-wakil dari parti-parti Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan Persekutuan itu akan memberi sepenuh kerjasama dan sokongan untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.,”kandungan dokumen itu dipetik

Fasal 1 dalam perjanjian PH adalah berkaitan ‘keputusan bersama’ iaitu berasaskan prinsip konsensus di mana setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.

fasal-1
fasal-1-a

Fasal 6.4 menyebut “Perjalanan kerajaan atau pentadbiran Pakatan Harapan di setiap peringkat adalah tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Harapan seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 4: Dasar-Dasar Bersama.”

Walaupun Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan menyebut kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan terjaga sejajar dengan Perkara 3 dan cuba melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum- kaum lain sejajar dengan Perkara 153; namun dalam dokumen yang sama turut memasukkan fasal 4.4 dan fasal 4.6

Fasal 4.4 dimaktubkan sebagai “Dasar Bersama Pakatan Harapan dipersetujui dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian semasa dengan berpandukan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan.”

Manakala Fasal 4.6 pula dimaktubkan sebagai “Dalam membangunkan dan mengemaskini Dasar Bersama Pakatan Harapan seperti di dalam Fasal 4.4, Pakatan Harapan akan mengambil pendekatan inklusif dengan merundingi semua pihak seluas mungkin termasuklah mengambil kira pandangan institusi awam, institusi agama, kumpulan masyarakat sivil, wanita, pekerja, mahasiswa, belia, professional, kumpulan minoriti dan sebagainya.”

Dokumen lengkap perjanjian Pakatan Harapan boleh dirujuk di sini.

Walau pun pada luaran perjanjian bersama PH itu nampak seperti sama rata di antara ketiga-tiga parti, namun dalam realiti demokrasi berparlimen di Malaysia, ia tidak bergantung terhadap dokumen tersebut.

Realiti sebenar bergantung kepada berapa banyak parti-parti itu dapat memenangi kerusi parlimen melalui parti masing-masing, maka parti itu menjadi dominan dan pemutus keputusan dalam sesebuah kerajaan.

Dalam konteks sekarang, DAP merupakan parti paling dominan di kalangan pembangkang di Parlimen, maka DAP merupakan penentu hala tuju pembangkang, meskipun seorang Melayu dari PKR dilantik di atas kertas sebagai Ketua Pembangkang.

3 thoughts on “Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Letak Syarat ‘Melayu’ Mesti Jadi PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s