Dana Soros : Apabila Maria Chin Mula U-Turn

maria-sorosAIDCNews – 1/12/16 –Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kini berada dalam keadaan tertekan berkaitan dengan isu dana George Soros apabila menukar pengakuan daripada mengaku kepada tidak menerima dana tersebut.

Pada 27 Jun 2011, Pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah mengaku secara terbuka bahawa mereka menerima dana asing daripada NDI (National Democratic Institute) dan OSI (Open Society Institute) untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan bahagian pilihan raya.

Ketika pengakuan itu dibuat, pihak polis belum lagi mengambil serius berkaitan dengan dana asing tersebut.

Selanjutnya, sila baca “Maria Chin Akui Terima Dana Soros

Namun, apabila Maria Chin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada 18 Nov. lalu, dia telah menafikan pengakuan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Setiap hari saya kena soal siasat. tapi bukan soal siasat. Ia hanyalah mereka ulang soalan supaya saya akan mengakui apa yang saya tidak pernah lakukan. Yang pertama Bersih tidak mengambil duit Soros. Satu sen pun kita tidak pernah ambil.

“Kedua, akaun Bersih dipamerkan dalam laman web dan mereka boleh periksa, tetapi mereka tidak percaya kerana ingat kita ada RM3.2 bilion,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokong di Dataran Merdeka, sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan tersebut.

Perubahan pengakuan Maria Chin itu disifatkan Huan Penang Lang sebagai pembohongan secara terang-terangan.

“Apa jenis kredibiliti ini? Bukankah ini berbohong secara terang-terangan ?,” soalnya.

Ketika Maria Chin berada dalam tahanan SOSMA, Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Tony Pua berkempen untuk pembebasan Maria dengan berkata menerima dana asing bukan satu bentuk kesalahan di sisi undang-undang Malaysia.

“Beratus-ratus dan beribu-ribu NGO dan syarikat sama ada bebas dan yang berkaitan dengan kerajaan, juga menerima dana asing. Adakah itu salah?

“Saya hanya mengatakan secara umum, dan jika mereka menerima dana asing dari beberapa yayasan, RM20,000-RM30,000, jika mereka lakukan, dan mereka menggunakannya untuk projek-projek untuk meningkatkan demokrasi di Malaysia, adakah ia satu bentuk kesalahan? ” soal Pua.

Persoalan yang dilontarkan aktivis DAP itu sekaligus menjawab isu yang cuba disembunyikan Maria Chin dan BERSIH selama ini.

Dana Soros : Maria Chin Enggan Dedah Butiran Akaun Kepada Polis

Polis Serbu ‘Jantung’ BERSIH

One thought on “Dana Soros : Apabila Maria Chin Mula U-Turn

  1. Menerima dana daripada NDI and OSI tetapi tidak menerima daripada NED?

    Laman web NDI sendiri nyata:-

    “5 NDI was created in 1983 as one of the four core institutes of the National Endowment for Democracy, which was established by Congress in that year to act as a grant-making foundation, distributing funds to private organizations for the purpose of promoting democracy abroad. Also launched that year were the International Republican Institute (IRI), the American Center for International Labor Solidarity (the Solidarity Center), and the Center for International Private Enterprise (CIPE).”

    https://www.ndi.org/frequently_asked_questions#

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s