Jangan Benarkan DAP Hapus Hak Melayu, Perlekeh Islam – Najib

KUALA LUMPUR: Hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis, malah “pupus” sekiranya pengundi memilih Pakatan Harapan pimpinan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau berkata PRU akan datang, memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.

“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap.

“Begitulah juga institusi pengajian tinggi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun, yakni Universiti Teknologi Mara, tidak akan lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya,” kata Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, sebentar tadi.

“(Juga) pastinya kita sebagai umat Islam akan berasa risau, sakit hati dan marah laksana diracun dan didamak, apabila syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah,” kata Najib.

Beliau berkata perlembagaan DAP tidak langsung mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan atau menjunjung institusi Raja-raja Melayu. Perlembagaan DAP juga “senyap” mengenai ?usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

“Waima, institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, JAKIM dan Lembaga Zakat akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya (jika DAP berkuasa),” kata Najib yang juga Perdana Menteri serta Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau menegaskan perlunya kaum Melayu dan bumiputera berpaut seteguh-teguhnya keada umno” sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib ank cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka.”

Beliau memberi jaminan bahawa dalam membela masa depan Melayu dan bumiputera, kerajaan piminan Umno akan terus berlaku adil kepada rakyat bukan Islam.

“peruntukan-peruntukan perlembangaan yang menjamin hak dan kepentingan orang bukan Islam akan tetap dipelihara oleh kerajaan tunjangan Umno untuk selama-lamanya”‘ kata Najib – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s