Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 – Najib

AIDCNews – 1/12/16 –Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 akan diambil alih pihak kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak dipolitikkan kerana ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.

“Kepada yang bukan beragama Islam usahlah bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Katanya kerajaan telah membuat ketetapan bersejarah, dengan memberi laluan kepada RUU Persendirian yang dibawakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.

RUU itu bertujuan membolehkan pindaan dibuat ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk memperkasakan mahkamah berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan RUU itu selepas usul itu diluluskan di Parlimen.

Menurutnya, Presiden PAS, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu selesai membentangkan usul tersebut sebelum ia akan dibahaskan dan undian dilakukan.

“Kerajaan kemudian akan mengambil alihnya, akan ada penyata dan menteri yang bertanggungjawab akan membacanya sebagai Rang Undang-Undang Kerajaan (di Parlimen),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

One thought on “Kerajaan Akan Ambil Alih RUU 355 – Najib

  1. Tahniah PM. Dalam isu hukuman kita tak boleh sekadar melepas batuk ditangga. Perlu ada kesesuaian mengikut kesalahan. Bukan sekadar denda kecil bagi satu yang dianggap dosa besar. Memperkasakan mahkamah syariah sangat penting kalau kita nilai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s