Bermula Mac, 34 Hari Perbicaraan Kes Rasuah Lim Guan Eng

lge111AIDCNews – 6/12/16 –Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini tetapkan 34 hari perbicaraan kes dakwaan rasuah pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermula 27 Mac 2017.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh 27 Mac – 31 Mac, 10 April – 14 April, 24 April – 28 April, 15 Mei – 19 Mei, 29 Mei – 2 Jun, 13 Jun – 16 Jun dan 17 Julai – 21 Julai tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan.

Mahkamah juga menetapkan 6 Januari sebagai tarikh penyerahan dokumen dua kes rasuah Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon itu.

Pasukan pendakwaan hari ini diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud manakala Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, Lim dan Phang tidak hadir ke Mahkamah Tinggi, hari ini untuk mendengar pengurusan dua kes rasuah berkenaan.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s