Tiada Kebenaran Banduan Seperti Anwar Buat Kenyataan Media

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara tidak pernah membenarkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan media di mahkamah seperti didakwa sebuah portal berita.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video portal berita itu mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.

Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan, kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan Penjara.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada diguna pakai bagi memastikan pengiringan terhadap semua banduan termasuk Anwar dilaksanakan dengan mengutamakan aspek keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Anwar dibenarkan membuat sidang akhbar semasa berada di mahkamah oleh Jabatan Penjara, kata Hassan.

Hassan berkata Jabatan Penjara sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sebenar yang berlaku di Mahkamah Rayuan berkenaan semalam.

“Pihak kami sesekali tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang salah laku anggota dan pegawai penjara,” katanya. –BERNAMA

Permohonan Qazaf Anwar Terhadap Saiful Ditolak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s