Tun M Kaitkan Rasulullah, DAP Ketawa Gembira!

tun-mKUALA LUMPUR – Perbuatan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion seolah-olah mempersendakan agama Islam demi kepentingan politiknya.

Lebih malang apabila tindakan beliau mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan isu tersebut sewaktu menghadiri perhimpunan DAP disambut dengan gelak tawa oleh pengikut DAP yang umum mengetahui anti-Islam.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan Mahathir mengaitkan Nabi dengan agenda politiknya sambil ditertawakan musuh Islam iaitu ahli DAP adalah sesuatu yang sangat dangkal dan ibarat menggadaikan agama Islam demi kepentingan politiknya.

“Demi meraih tepukan dan sorakan daripada orang-orang DAP dan demi memburukkan pemimpin Islam lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir sanggup menggunakan Nabi iaitu insan terpilih yang menerima wahyu daripada Allah S.W.T sebagai bahan jenaka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shahar berkata, situasi yang berlaku dalam Perhimpunan Agung DAP itu membuktikan senario yang akan berlaku di Malaysia jika DAP dapat memerintah negara ini dengan sokongan Mahathir iaitu Islam dan tokoh-tokohnya akan dijadikan bahan gelak ketawa serta hiburan kepada mereka.

Justeru, katanya, Pemuda UMNO Pahang mendesak Mahathir memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W dan ia satu perkara satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan dalam usaha kita memastikan kedaulatan agama Islam tidak dicemari. – MYNEWSHUB.CC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s