PPBM Boleh Pilih PAS Atau Pakatan Harapan – Takiyuddin

AIDCNews – 7/12/16 –Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh memilih sama ada untuk mengadakan kerjasama politik dengan PAS atau Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Namun, tambah Takiyuddin, PPBM tidak boleh mengaitkan hubungan dengan PAS untuk mengikat hubungan dengan DAP dan PAN kerana syarat tersebut telah diberikan dalam pertemuan sebelum ini.

“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan PPBM. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama PAS.

“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan PAS, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan PPBM dengan PAS bersama DAP dan PAN. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya pada Ahad berkata, pihaknya tidak akan menunggu PAS lebih lama dan bersedia bergerak bersama PH tanpa PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.

“Kalau PPBM mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.

“Tapi jika mereka masih mahu bersama PAN, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima.

“PPBM sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya.

war-pru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s