Ramai Perwakilan DAP Tak Tahu Bahasa Kebangsaan, Terpaksa Sediakan Alat Penterjemah – Anthony

lokeAIDCNews – 7/12/16 –Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut

“Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.

“Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.

Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.

Dalam rakaman di bawah, kenyataan Anthony telah dipadamkan selama 1 minit dari minit 4:41 sehingga ke minit 5:19 untuk mengelakkan aib parti berkenaan penggunaan bahasa Kebangsaan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s