Impian Kit Siang Memang Mahu Jadi PM

kit-pmAIDCNews – 8/12/16 –Konsistensi Lim Kit Siang bertanding sebagai Ahli Parlimen sejak dari tahun 1969 hingga sekarang menunjukkan beliau berminat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan tidak akan bersara menyertai pilihan raya selagi impiannya tidak tercapai.

“Lim Kit Siang memang bercita-cita mahu menjadi PM kerana itulah yang beliau perjuangkan sejak dahulu. Janganlah memberikan alasan kononnya beliau tiada impian kerana hakikat itulah impiannya.”

“Apa yang beliau lakukan melalui edaran poster ini tidak lebih adalah usaha melihat apa reaksi rakyat jika beliau menjadi PM apatah lagi beliau mahu melihat respon setelah Tun Mahathir secara terbuka membuat pembersihan kepada partinya dan kerana itu Kit Siang mahu melihat apa kesannya selepas itu,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Annuar Nasarah.

kit1

Beliau berkata demikian sebagai menyelar sidang media dibuat Kit Siang yang kononnya menafikan beliau mahu menjadi PM sebagaimana yang diviralkan dalam satu poster di media sosial.

Malah, sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan Kit Siang yang cepat melatah dan mengadakan sidang media penafian poster berkenaan sebahagian daripada taktik untuk memperbesarkan isu berkenaan.

Ini kerana, Kit Siang mempunyai pilihan lain, iaitu tidak memberi respon dan mengadakan sidang media, maka itu tidak akan diperkatakan secara meluas sepertimana tindakan sebaliknya yang dilakukannya sekarang ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s