Kami Tidak Bersedia Kerjasama Dengan DAP & Amanah – Timbalan Presiden PAS

AIDCNews – 8/12/16 –PAS tidak akan bersedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), tegas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Ibrahim Tuan Man.

“Bagi kami, kami tidak bersedia bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Tidak,” tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata Amanah bersungguh-sungguh mahu bekerjasama dengan PAS kerana parti serpihan itu mahukan kerusi dalam pilihan raya.

“Amanah tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?

“Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. PAS sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada,” katanya.

Berkenaan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tuan Ibrahim berkata perkara itu boleh dibawa ke meja rundingan untuk perbincangan selanjutnya.

“Yang itu (soal kerjasama dengan PPBM) nanti kita akan bincang.

“Seperti yang dinyatakan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini, PAS memang sedia bincang dengan mana-mana parti, asalkan jangan masuk rumah kami bawa lari kerusi sudahlah,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s