Perlembagaan Tidak Halang Bukan Melayu Jadi PM – DAP

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan bahawa parti itu akan memilih Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kaum Melayu sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini.

Parti itu bagaimanapun menjelaskan Anwar dipilih bukan kerana beliau seorang Melayu, sebaliknya kerana bekas Ketua Pembangkang yang dihukum penjara atas kesalahan meliwat lelaki lain itu kononnya layak memegang jawatan tersebut.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mengingatkan semua pihak bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana rakyat Malaysia (termasuk bukan Melayu) untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa DAP bagaimanapun kononnya memahami fabrik sejarah dan sosio-politik negara Malaysia, maka adalah naïf untuk parti itu mengidamkan jawatan Perdana Menteri di negara ini.

“DAP komited terhadap pembaharuan sistem dan bukan hanya mengejar jawatan-jawatan tertentu.

“Apa yang lebih bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar penentuan Perdana Menteri tetapi reformasi keseluruhan struktur dan sistem politik negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Zairil Khir itu secara tidak langsung membayangkan DAP tidak bimbang kaum mana yang akan menjadi Perdana Menteri andai Pakatan Harapan memerintah kerana Perdana Menteri pilihan mereka akan mematuhi setiap sistem yang ditetapkan DAP untuk Malaysia.

Zairil Khir dalam pada itu mengingatkan UMNO bahawa orang Melayu tahun 2017 sudah tidak peduli mengenai retorik bukan Melayu menjadi Perdana Menteri lagi. – MYNEWSHUB.CC

Calon Perdana Menteri Pakatan Dari DAP – Nik Abduh

Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Letak Syarat ‘Melayu’ Mesti Jadi PM

PRU 14 : UMNO Mungkin Tumbang, Melayu Pakatan Rampas Jawatan PM -Kit Siang

DAP Boleh Lantik PM Proksi Sepertimana Pakatan Harapan

Kit Siang Peralatkan Tun Mahathir Untuk Jatuhkan Najib – Superman DAP, Hew Kuan Yau

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s