Tukar Pengakuan, Nik Nazmi Didenda

SHAH ALAM: Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad didenda RM1,500 oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengaku bersalah kerana gagal memaklumkan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan Black 505 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei, tiga tahun lalu.

Nik Nazmi pada mulanya mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu.

Bagaimanapun beliau menukar pengakuan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ghazali Cha pada Khamis.

Nik Nazmi membayar denda itu dan meninggalkan mahkamah bersama peguam dan beberapa penyokong.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.

Nik Nazmi diwakili peguam Shahredzan Johan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwaan – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s