DAP Parti Cauvinis Melagakan Pimpinan Melayu – Tunku Abdul Aziz

AIDCNews – 9/12/16 –DAP merupakan sebuah parti cauvinis yang suka melagakan pimpinan Melayu untuk memastikan parti Cina itu berkuasa, kata bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

“Anda boleh kata peluang sama rata di kalangan pimpinan DAP, kepada sesiapa sahaja termasuk kaum Melayu.

“Namun ia tak benar. Jika anda perhatikan cara mereka, kaum Melayu dipergunakan. Kaum Cina, sama ada dalam perniagaan dan politik sentiasa mempergunakan kaum Melayu untuk mendapatkan kelebihan mereka,” katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

Tegasnya, DAP bukan sebuah parti demokratik, sebaliknya ia dipimpin secara autokratik oleh anak beranak, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

“DAP bukan parti yang demokratik. Ia ditadbir keseluruhannya untuk kelebihan keluarga Lim. Mereka selalu katakan Umno mentadbir negara ini untuk 60 tahun. Namun DAP sendiri tidak pernah merubah kepimpinannya. Kit Siang sendiri berada dalam parti sejak hari pertama.

“Untuk mereka, tidak apa, (tetapi) tidak boleh untuk orang lain. Adakah ini parti yang mahu kita pertahankan? Mereka akan lakukan sahaja untuk dapatkan kuasa, sah atau tidak, untuk mengelirukan rakyat, malah mengelirukan generasi muda Melayu,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s