Lembaga Tatatertib UM Dapati Anis Syafiqah Bersalah Anjur Perhimpunan Haram

AIDCNews – 9/12/16 –Pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik Universiti Malaya, Anis Syafiqah Md Yusof telah didapati bersalah oleh Panel Tatatertib universiti dan akan dijatuhkan hukumannya dalam masa 14 hari.

Menurut Anis Syafiqah dalam tulisan di facebooknya, pihak Panel Tatatertib Universiti Malaya telah memutuskan dia bersalah atas kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya iaitu menyertai perhimpunan Tangkap MO1 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu;

1) ..didapati telah mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap MO1.

2) ..didapati telah merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik Universiti, apabila telah menyertai satu perhimpuan Tangkap MO1 tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa dan telah disiasat pihak Polis Diraja Malaysia.

3) ..didapati telah merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib apabila telah menyertai satu perhimpunan Tangkap MO1.

“Saya tidak nafikan tindakan UM ini menganggu persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tahun ini.

“Apa yang lebih membimbangkan, kemungkinan semester akhir saya tahun ini tidak dikira jika UM menggantung semester saya. Jika begitu, macam mana dengan kehadiran ke kelas dan tugasan akhir saya yang sudah siap?” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Anis berpandangan tindakan UM dilihat menjadi langkah untuk menakutkan mahasiswa supaya tidak lantang bersuara mengenai masalah negara.

“Walaupun saya lihat tindakan UM ini cuba menakut-nakutkan saya, tetapi saya tidak takut. Sekiranya digantung, saya akan teruskan perjuangan dan tetap menghabiskan pengajian saya di UM,” katanya.

Selepas Terima Surat dari UM, Semakin Terserlah Dalang Anis Syafiqah

Khalid Ismath Nasihat Anis Syafiqah Mohd Yusof

Advertisements

2 thoughts on “Lembaga Tatatertib UM Dapati Anis Syafiqah Bersalah Anjur Perhimpunan Haram

  1. ada study ke masa berlonggok longgok nak tangkap MO1 hari tu?. Insta sket. Mak bapak hantar U pergi menimba ilmu, bukan jadi aktivis. jangan nak salahkan panel tatatertib kalau fail paper. Choices have consequences…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s