PAS Kuantan Putus Hubungan Dengan PKR

fauziahAIDCNews – 9/12/16 –Kedudukan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh kini semakin terancam selepas PAS Kuantan memboikot beliau kerana keceluparannya menghentam PAS di facebook.

Fauziah merupakan orang kuat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik Pengarah Latihan PKR, selepas tewas jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan 2014.

“Sebelum ini kelibat Fuziah dipertikaikan ketika mengiringi calon Amanah di Pilihanraya Kecil Sungai Besar. Tindakan beliau itu telah dikritik hebat oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS kawasan Kuantan.

“Tindakan terbaru Fuziah yang terus mengkritik PAS kini mengundah padah, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim dalam posting terbaru di facebook beliau dengan jelas mengisytiharkan UPU PAS Kuala Penor tidak akan melayan segala bentuk bahan kempen dari Keadilan Kuantan sehingga ada arahan daripada pimpinan PAS Kawasan,”lapor Pahang Daily (PDONEWS).

Terkini, PDONEWS melaporkan Setiausaha Jentera Pilihanraya DUN (JPRD) Tanjung Lumpur, Sulong Jaafar mengumumkan penangguhan segala bentuk program dan gerak kerja bersama PKR Kuantan menjelang pilihn raya umum ke-14.

Cawangan PAS yang terlibat ialah Perkampungan Sg Isap 2, Perkampungan Sg Isap, Perkampoungan Sg Isap Fasa 2, Tanah Putih Baru, Kampung Peramu dan PAS Cawangan Berjaya Permai.

DUN Tanjung Lumpur diwakili oleh ADUN PAS, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan terpaksa diambil kerana kebiadapan Fuziah Salleh terutamanya kenyataan panas yang beliau tuijukan kepada PAS.

“Segala bentuk rundingan dengan PKR Kuantan ditutup, sehingga beliau meminta maaf secara terbuka kepada pihak PAS .. Kami bertanggungjawab untuk menjaga parti kami daripada kebiadapan sesiapa jua. Keputusan telah dibuat sebulat suara dalan mesyuarat MTD Tanjung Lumpur”, kata kenyataan tersebut.

Akan Berlaku Pertandingan 3 Penjuru Jika PKR Gagal Kawal PAN – Pesuruhjaya PAS Pahang

Amaran Keras PAS Pahang : Jika PKR Gagal Kawal DAP & PAN, Bersedia Tanding Tiga Penjuru

Pemuda PAS Pahang Saran Kerjasama Dengan PKR Dikaji Semula

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s