PPBM Pilih Pakatan Harapan, Tolak PAS 13 Disember Ini – Mukhriz Mahathir

SHAH ALAM: PAS perlu bersedia dan berlapang dada menerima sebarang pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung kerjasama rasmi dengan Pakatan Harapan (PH), yang akan ditentukan pada 13 Disember depan.

Itu penegasan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika diajukan kemungkinan penerimaan PAS terhadap partinya dalam memeterai kerjasama politik dengan gagasan pembangkang berkenaan.

“Apa pun pandangan kami (PPBM), pada saya, PAS perlu terbuka walaupun ada sedikit perbezaan dengan pendirian mereka. Akhirnya yang penting adalah keinginan kita bersama untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mukhriz juga menjawab ‘kekeliruan’ yang timbul antara PPBM dan PAS sebagaimana dinyatakan Penasihatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mengikat kerjasama dengan PH.

Beliau mendakwa kekeliruan itu tidaklah sampai ke tahap yang serius meskipun ia berkaitan dengan penerimaan PAS terhadap kerjasama PPBM dengan Amanah dan DAP.

“Tidak ada masalah sangat nak selesaikan isu-isu itu. Mungkin kekeliruan yang ada sekarang datangnya daripada beberapa kenyataan dari PAS yang kita rasa sedikit berlainan dengan apa yang dibincangkan dengan mereka dahulu.

“Mereka faham bahawa mahu atau tidak, kita perlu ada bentuk kesepakatan dengan PH dan didalam PH selain PKR, ada Amanah dan DAP.

“Saya ingat tidak timbul isu dimana PAS boleh bekerjasama dengan PPBM dengan syarat kita tidak wujudkan kerjasama dengan DAP dan Amanah. Agaknya itu sahaja kekeliruan yang diperkatakan,” ujar bekas menteri besar Kedah itu lagi.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan November lalu, Mahathir memaklumkan partinya akan bekerjasama secara langsung dengan PH, namun perlu menyelesaikan beberapa kekeliruan yang timbul.

Ia berikutan timbul dakwaan Mahathir dan Muhyiddin saling berselisih dalam isu kerjasama politik berkenaan.

Muhyiddin sebelum ini didakwa mahu PAS juga terlibat dalam kerjasama politik itu, dengan menegaskan PPBM boleh menjadi jambatan penghubung antara PH dan PAS.

Namun misi berkenaan dilihat sukar untuk dicapai memandangkan parti Islam itu sudah ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan Amanah dan DAP.

Sementara itu mengulas perincian mesyuarat formal antara PPBM dan PH Selasa depan, Mukhriz memberitahu bentuk kerjasama partinya hanya akan dimaklumkan selepas pertemuan berkenaan.

“Terpulang kepada apa yang kita bincangkan nanti, lepas itu kita akan umumkan apakah bentuk pakatan yang hendak kita wujudkan,” demikian menurutnya – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s