Nurul Izzah Melenting Apabila PAS Ancam Mahu Bertanding Di Semua Kerusi DUN Permatang Pauh

nurul-izzahAIDCNews – 10/12/16 – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melenting apabila PAS memberi ancaman akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh.

“Saya rasa dia (PAS) patut fikirkan semula keputusan dan fokus berlawan BN kerana pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai 3 DUN iaitu Seberang Jaya (PKR), Penanti (PKR) dan Permatang Pasir (PAS).

Semalam, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad berkata ketiga-tiga DUN dan Parlimen Permatang Pauh adalah dimiliki PAS, namun atas semangat toleransi parti Islam Itu memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

“Kami juga berhak meletak calon ketiga DUN dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi,”katanya.

Jamsari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding DUN Permatang Pasir yang sekarang ini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari PAS

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antara beliau dan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

“Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana PAS bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?,” soalnya.

PAS Mahu Bertanding Semua Kerusi Permatang Pauh

Advertisements

One thought on “Nurul Izzah Melenting Apabila PAS Ancam Mahu Bertanding Di Semua Kerusi DUN Permatang Pauh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s