Zulkifli Sulong Ramal Hubungan PAS dengan PKR & PPBM Bakal Putus

parti-amanah-negaraAIDCNews – 10/12/16 – Bekas ketua pengarang akhbar Harakah, Zulkifli Sulong meramalkan hubungan PAS dengan PKR dan PPBM bakal putus selepas apabila kedua-dua parti itu lebih berpihak kepada Pakatan Harapan yang diterajui DAP.

Pada 13 Dis ini PPBM dijangka secara rasmi akan menyertai Pakatan Harapan apabila parti itu menangguhkan penyertaannya dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 12 Nov lalu.

“Ia juga akan menyerlahkan pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini memberikan PAS tarikh akhir untuk mengesahkan jika ia mahu bekerjasama dengan pembangkang lain.

“Permerhati berpandangan, Dr Mahathir yang sebelum ini secara terbuka menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan, dijangka akan memutuskan hubungan PPBM dengan PAS.

“Pemerhati juga beranggapan PKR akan mengambil langkah sama memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mempunyai pengaruh,”ulas Zulkifli kepada FMT.

Zulkifli meletakkan tarikh 13 Dis sebagai tarikh akhir hubungan PAS dengan PKR dan PPBM berdasarkan ramalan yang dibuat oleh Mohd Sayuti Omar (MSO)

MSO berkata, hubungan PAS-PPBM dan PAS-PKR akan terputus dengan rasminya selepas PPBM menyertai Pakatan Harapan susulan pertemuan mereka 13 Disember ini.

“Selepas itu, saya yakin 100% PAS akan bersama Umno dan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR,” kata Sayuti kepada FMT.

Menurutnya, PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua parti itu mengadakan kerjasama rasmi dengan DAP dan Amanah.

“Ekoran itu, saya jangka akan berlaku sedikit perpecahan dalam PAS dan sebahagian pemimpin PAS akan tidak aktif lagi, termasuk Iskandar Samad,” kata Sayuti, merujuk Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang merupakan sebahagian Exco Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata PAS akan hanya bekerjasama dengan PPBM dan PKR sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Advertisements

2 thoughts on “Zulkifli Sulong Ramal Hubungan PAS dengan PKR & PPBM Bakal Putus

  1. PPBM atau PAN adalah binatang politik. Tujuan hanya satu, mahu berkuasa itu shj. Tak kira apa cara sekalipun. Tiada halal haram. Mereka sanggup berpakat dengan kafir. Sanggup gadai maruah.
    Apabila Najib diserang hanya kerana derma politik yg telah disahkan Arab Saudi. Kita boleh tahu niat mereka jahat. Sama juga PAN. Apabila Haji Hadi diserang dibeli UMNO (selepas mereka kalah pemilihan pimpinan). Kita tahu ini tak betul. Kerana yg jelas PAS tiada tahaluf dgn Umno dlm politik. Tiada. Kesatuan umah itu secara am…melibatkan seluruh umat islam demi menegakkan syiar islam. Hanya anti islam shj yg tak berminat

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s