Di Mana PPBM Bakal Bertanding, Soal Pengarah Pilihan Raya PAN

panAIDCNews – 12/12/16 – PAN sedia bertanding di semua kerusi yang bakal ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), namun di manakah pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal bertanding, soal Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr Mohd Hatta Ramli.

“Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka (PPBM) akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh,” kata Dr Hatta ketika berucap pada Konvensyen Nasional Amanah 2016 pada Ahad.

PPBM dijangka akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan menjadi kompenan keempat selepas DAP, PKR dan PAN pada 13 Dis ini.

Dr Hatta berkata ketiga-tiga parti PH perlu bersedia berkongsi kerusi untuk memberi laluan kepada PPBM bertanding pada PRU 14.

Menurutnya, sebelum PPBM menyertai PH, DAP, PKR dan PAN selesa bertanding mengikut acuan PRU 13, di mana PAN menggantikan semua kerusi yang pernah ditandingi PAS.

Beliau berkata, PAN tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu PH.

“Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka,” katanya.

Namun, senerio pembahagian kerusi itu mungkin bakal berubah selepas PPBM menyertai PH pada 13 Dis ini.

Advertisements

One thought on “Di Mana PPBM Bakal Bertanding, Soal Pengarah Pilihan Raya PAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s