P Ramasamy Mungkin Ada Gangguan Emosi, Bidas Setiausaha Politik Presiden PAS

sham-ramaAIDCNews – 12/12/16 –Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mungkin ada masalah emosi bidas Setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar apabila mengaitkan PAS dengan UMNO.

“Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup membuat fitnah kepada PAS.

“Tidak perlulah beliau campurtangan dalam bagaimana PAS ingin mengemudi politik dalam satu sistem demokrasi ini. Jaga lah diri sendiri dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ramasamy yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP Kebangsaan dalam sebuah portal hari ini yang menyatakan PAS kini sedang menjalankan arahan UMNO untuk memecahkan Pakatan Harapan.

Ramasamy dilaporkan berkata usaha PAS menganjurkan blok baharu tanpa DAP dan PAN di Selangor melalui simbolik Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras merupakan usaha untuk memecahkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan atas permintaan UMNO.

“PAS cuba memecahkan orang Melayu. Parti Islam itu buat begitu sebab banyak makan ‘dedak’ UMNO.

“Saya harap PKR, PPBM dan yang lain tak termakan umpan perangkap itu.

“Jika kamu masih mahu bekerjasama dengan PAS selepas apa yang berlaku, saya rasa kita mengalami masalah yang besar,” kata Ramasamy.

Kenyataan DAP itu dibidas Ahmad Samsuri yang menyarankan agar Ramasamy supaya menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk masuk campur urusan dalaman PAS.

Ramasamy berkata hanya satu perikatan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan, tanpa PAS yang boleh boleh menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

“Hanya boleh ada 1 blok melawan BN. Tidak wajar ada banyak blok. Saya yakin PKR dan PPBM tidak akan termakan umpan PAS.

“PAS buat kerja kotor UMNO, mengikut arahan supaya pisahkan PKR dan PPBM daripada DAP dan Amanah.

“Malah pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat PAS sudah keliru. Saya harap parti lain tidak keliru,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s