PAS Nasihat PKR Supaya Tegur Tingkah Laku Sumbang DAP & PAN

pas-pkr AIDCNews – 12/12/16 –Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menasihati Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar tidak mendiamkan diri apabila DAP dan PAN menyerang PAS, sebaliknya menegur tingkah laku sumbang kedua-dua parti rakan sekutu Pakatan Harapan itu.

“Kalau nak nasihat PAS, nasihat sekali ‘kawan dia’ DAP, Amanah.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan,” kata Idris.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nurul Izzah yang menasihati PAS agar tidak terburu-buru untuk bertanding di semua kerusi Permatang Pauh, milik PKR.

“Saya rasa dia (PAS) patut fikirkan semula keputusan dan fokus berlawan BN kerana pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” kata Nurul Izzah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Ahad.

Selanjutnya, sila baca “Nurul Izzah Melenting Apabila PAS Ancam Mahu Bertanding Di Semua Kerusi DUN Permatang Pauh

Mengulas kenyataan itu, Idris berkata PAS ada agenda tersendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

“Kami (PAS), tetap fokus lawan BN, jadi jangan hentam PAS sangat… PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik,” katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu, Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, pada Ahad berazam untuk menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

“InsyaALLAH, selepas Johor kemudian ke Melaka dan Negeri Sembilan serta kita perlu anggap yang paling sukar adalah Kelantan.

“Kalau Amanah tak bertanding, tapi ‘parti lama’ (PAS) bertanding, Barisan Nasional akan ada peluang menang.

“Tapi kalau Amanah bertanding, Amanahlah yang akan menang dan jadi pilihan rakyat Kelantan kerana rakyat Kelantan pemikiran mereka sedikit sebanyak ada budaya Tiong Hwa. Jika ubah undi, ubah seketul terus,” katanya.

kit

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s