PPBM Tandatangan Meterai Perjanjian Masuk Pakatan Harapan Esok

dap-phKUALA LUMPUR – Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman diantara Pakatan Harapan yang diketuai DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diadakan esok.

DAP dalam satu kenyataan hari ini berkata, majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan PBBM itu akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor.

“Satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Pakatan Harapan dan PPBM akan diadakan esok di Merchant Square. Jalan Tropicana Selatan 1 pada pukul 3.30 petang,” kata kenyataan itu hari ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR pada tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat menyusahkan politik pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian disertai PAN yang ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.

Mahathir pula menubuhkan PPBM tahun ini gara-gara kecewa usaha beliau mengangkat orang kuatnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu tidak kesampaian.

Beliau yang berdendam dengan UMNO kerana tidak memenuhi kehendaknya kemudian menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi mendapatkan bantuan untuk melunaskan dendamnya ke atas UMNO. – Mynewshub.cc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s