Usaha PAS Tubuh Blok Baharu Di Selangor, Wan Azizah Tidak Hadir

acara-mega-pasAIDCNews – 12/12/16 – Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS di Paya Jaras, Selangor malam ini yang dianggap simbolik penubuhan blok baharu tanpa DAP dan PAN sedikit terencat apabila Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sepatutnya dijadual menghadirkan diri telah gagal menepatinya janjinya itu.

Ketidakhadiran Wan Azizah juga tidak diwakili Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, sebaliknya ia hanya diwakili oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

“Memang Kak Wan (Wan Azizah) nak datang, tapi dia hantar wakil dan dakwaan kononnya wujud sabotaj tidak benar sama sekali,” kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman kepada lebih 1,000 hadirin di Ceramah Mega Rakyat itu.

Selain PKR yang diwakili Sivarasa Rasiah, dua pimpinan tertinggi PAS dan PPBM telah hadir dalam Ceramah Mega Rakyat itu.

Mereka ialah; Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sivarasa dalam ucapannya berkata kehadiran ahli politik PAS/Ikatan, PKR dan PPBM di atas satu pentas bukan pertama kali, malah pernah dilakukan sebelum ini.

“Ceramah sebegini melibatkan ketiga parti ini sudah berlaku di Kuala Langat, cuma malam ini nampak lain sedikit sebab ia dihadiri pimpinan tertinggi,” katanya.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah permulaan untuk mewujudkan blok politik baharu tanpa melibatkan DAP dan PAN.

Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput DAP dan PAN kerana kedua-dua parti tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS sebagaimana yang diputuskan PAS pusat.

“Kami tidak menjemput DAP atau PAN kerana jawatankuasa pusat sudah menyatakan tidak ada hubungan dengan mereka.

“Lagipun, parti yang hadir (ke ceramah) adalah yang menumpukan kerusi majoriti Melayu,” katanya lagi.

Wan Azizah Tolak Jemputan Ceramah Mega PAS

Advertisements

One thought on “Usaha PAS Tubuh Blok Baharu Di Selangor, Wan Azizah Tidak Hadir

  1. Dalam keadaan gila kuasa, PPBM sebenarnya sedar mereka sangat lemah, lebih lemah drpd PAN.

    Mereka perlukan sokongan PAS utk tarik sokongan melayu. Mereka perlukan DAP utk tarik sokongan cina.
    Malah mereka perlukan sokongan parti PKR yg ditubuhkan utk menentang Tun M sendiri utk tarik undi urban.

    Kalau kita perhati PPBM ni ibarat tiada halatuju juga sasaran pengundi. Mungkin bertanding di kampung pilihan utama, tapi mereka mesti bersaing dgn PAN dan PAS dahulu. Nak bertanding kawasan bandar mereka tak boleh guna identiti parti melayu dan kena bersaing dahulu dgn DAP PKR.

    PPBM tak sepatutnya ditubuhkan. Lebih baik TSMY dan Boboi join PAN. Dgn pengalaman dia. Dia boleh diangkat sbg calon ketua.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s