DS Najib & Tun M Bertemu, Siapa Kesipuan

Al-Azharri Siddiq Kamunri – 1. Jika orang kebanyakan tidak berapa faham protokol berkerajaan dan tatacara bernegara, itu tidak mengapa. Namun, jika wartawan pencen yang pernah menguasai akhbar perdana pula memutarbelit fakta, ianya mungkin kerana penyakit gila bayang dan syok sendiri.

2. Mereka masih membawa gen lama dan fikiran lama dalam masyarakat kononnya zaman merekalah yang terhebat, walhal zaman merekalah DS Anwar Ibrahim dihina dina dan DAP diserang kononnya Anwar liberal dan DAP musuh Islam. Hari ini mereka “kesipuan” kerana terpaksa menebalkan muka untuk pura-pura menyokong Anwar dan Lim Kit Siang.

3. Dalam isu Istana Negara, menjemput atau tidak menjemput seseorang, atau menjemput kemudian membatalkannya semula, itu sebenarnya hak Raja dan Sultan.

4. Kerajaan hanya mengurus protokol, jemputan dan ketika acara rasmi di bawah bahagian protokol rasmi kerajaan. Kerajaan tidak campur kuasa imuniti Raja dan Sultan.

5. Contohya, Sultan Johor, Sultan Selangor, Sultan Terengganu dan ramai lagi pernah memberi anugerah kepada Menteri Besar mereka dan individu tertentu, tetapi mereka juga pernah menarik balik anugerah itu dan pernah juga mengembalikannya semula. Itu imuniti mereka.

6. Pernah berlaku kes seorang Menteri Besar tidak dapat mengadap Sultan kerana Sultan sangat murka kepadanya. Kesimpulannya, Sultan dan Raja berhak menolak kepada sesiapa yang mereka tidak berkenan. Itu hak imuniti Raja-Raja.

7. Perkara kedua, kedudukan Perdana Menteri dalam protokol kerajaan sentiasa diutamakan untuk memastikan kelancaran majlis, menentukan keutamaan dan meletakkan penghormatan di tempat yang sepatutnya. Mantan PM dan mantan TPM tidak lagi boleh membayangkan untuk menikmati kedudukan khas serta istimewa dalam protokol kerajaan di mana-mana majlis rasmi kerajaan.

8. Bulan lalu saya menghadiri Majlis Baca Yassin dan Hari Kelahiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (mantan PM). Tun Abdullah dan isteri makan bersama-sama kami tanpa protokol, Tun Abdullah solat bersama kami seperti biasa sahaja, Tiada panggilan-panggilan kehormat sebaliknya juru acara memanggil dengan nama Pak Lah sahaja.

9. Malahan, mana-mana Menteri yang akan duduk di sebelah kiri dan kanan Perdana Menteri juga diberi kepada Menteri Kanan, bukannya kepada mantan-mantan PM atau TPM.

10. Malah cara berjabat tangan juga diberi perhatian dalam bidang protokol. Di barat, jika Presiden USA berjabat salam dengan Perdana Menteri Rusia, dan kedudukan tangan Presiden USA di bawah, itu tanda Perdana Menteri Rusia menang moral dan menguasai keadaan.

11. Para diplomat bukanlah seperti yang difikirkan oleh mantan wartawan pencen yang sudah kaya. Diplomat telah dilatih hal-hal protokol sesebuah negara. Diplomat tidak akan memberi perhatian yang lebih kepada mantan-mantan sebaliknya Diplomat memahami bidang keutamaan mereka. Sebab itu, ketika Presiden Obama melawat Malaysia (2015) tidak memberi perhatian kepada Anwar, kerana beliau menyedari kedudukannya sebagai Presiden Amerika adalah kepada Perdana Menteri Malaysia.

12. DS Najib tidak pernah pun rasa kesipuan jika bertemu mana-mana mantan PM dan TPM. Sebagai PM kepada semua rakyat, pertemuan dengan PM telah disusun lebih awal, sesiapa pun termasuk mantan PM boleh bertemu PM, dan terpulang kepada PM untuk bersetuju atau tidak berdasarkan kepentingan dan jadual yang telah diatur.

13. Harus disedari, setiap hari dan 7 hari adalah masa PM bekerja, siang dan malam, tiada rehat kepada sesiapapun yang bernama Perdana Menteri. Waktu cuti pun PM kadangkala terpaksa kembali bekerja kerana keperluan negara. Semasa negara banjir besar (2013), DS Najib terpaksa membatalkan cuti di luar negara dan kembali semula ke Malaysia.

14. Rakyat akan menjadi gila bayang jika terpedaya dengan wartawan-wartawan pencen yang lupa daratan dan syok sendiri dalam ulasan-ulasan bernostalgia mereka. Orang pencen memang suka bernostalgia. Mereka berfikiran seolah-olah mereka masih berjawatan ketua pengarang yang menikmati sokongan 100% Perdana Menteri semasa mereka.

15. Mereka tidak berasa apa-apa pun untuk memalukan dan membogelkan apa jua berkenaan Anwar ketika mereka berkuasa, tetapi hari ini mereka kesipuan untuk memohon maaf kepada Anwar. Dalam hal ini, DS Najib lebih baik kerana menjaga kebajikan Anwar di dalam penjara, baca semula di sini.

Selamat Bercuti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s