Ada Krisis Dalaman Tun Mahathir & Muhyiddin Isu Pakatan Harapan ?

AIDCNews -14/12/16 – Keputusan PPBM hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan tanpa menyertai gabungan pembangkang itu sepenuhnya seolah-olah membayangkan terdapat krisis dalaman di antara pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, PPBM yang diwakili Muhyiddin tidak menyertai Pakatan Harapan sebagai parti kompenan keempat sebaliknya hanya mengikat perjanjian dengan gabungan parti yang diterajui DAP, PKR dan PAN itu semata-mata untuk mendapat kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

muh

Tun Mahathir tidak hadir dalam masjlis menandatangani perjanjian di antara Muhyiddin (PPBM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Mohamad Sabu (PAN) dan Lim Guan Eng (DAP) itu.

Majlis menandatangani perjanjian di antara PPBM dengan Pakatan Harapan semalam seumpama menyerupai konsep ‘Pakatan Harapan plus’ yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Pakatan Harapan plus bermaksud hanya bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU 14 tanpa terikat sepenuhnya dengan terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani di antara DAP, PKR dan PAN sebelum ini.

Pada 27 November lalu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menafikan PPBM hanya menuntut parti itu dimasukkan sebagai ‘Pakatan Harapan plus’, sebaliknya parti itu mahu menjadi kompenan ke-empat PH yang sekarang ini diwakili DAP, PKR dan PAN.

“Saya sendiri mendengar dari mulut Yang berbahagia Tun Mahathir bahawa konsep yang Bersatu (PPBM) mahu adalah bukannya Pakatan Harapan plus.

“Dia (Tun Mahathir) mahu Pakatan Harapan menerima kehadiran Bersatu…Pakatan Harapan akan jadi empat iaitu Amanah (PAN), PKR, DAP dan Bersatu,”kata Salahuddin.

Pada 12 November lalu, Tun Mahathir ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam menafikan dakwaan Muhyiddin tidak bersetuju untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

“Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Walaupun dinafikan Tun Mahathir, namun Muhyiddin yang diberi peluang berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan itu mengumumkan penangguhan PPBM menyertai Pakatan Harapan.

“Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf,” kata Muhyiddin.

Majlis menandatangani kemasukan PPBM sebagai anggota ke-empat Pakatan Harapan yang sepatutnya menjadi acara kemuncak konvesyen itu telah ditukar dengan acara mengangkat sepanduk ‘Bebas Anwar’.

Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan tarikh untuk berbincang dengan pimpinan parti dan pakatan pembangkang mengenai draf perjanjian yang akan ditandatangani.

“Saya minta supaya beri peluang kepada pimpinan PPBM untuk mengadakan pertemuan kali pertama dengan pimpinan Pakatan Harapan.

“Walaupun saya telah mengadakan perbincangan dengan presiden PKR, tetapi ahli-ahli kita tidak tahu hal ini.

“Jadi wajarlah saya beritahu kepada mereka dan mendapatkan tarikh untuk bersama dengan kepimpinan Pakatan Harapan, selepas itu kita boleh mewujudkan persefahaman,” katanya.

Selanjutnya, sila baca “Muhyiddin Mohon Maaf Tangguh Tandatangan Masuk Pakatan Harapan Hari Ini

Sebelum ini, AIDCNews pernah mendedahkan terdapat pergolakan dalaman di peringkat akar umbi di antara penyokong Tun Mahathir dan Muhyiddin.

Muhyiddin dan orang-orangnya dilaporkan telah menguasai parti dan tidak akur sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi parti berkenaan, Tun Mahathir.

Selanjutnya, sila baca “Selain Khairuddin, Saheme Hashim Juga Umum Keluar PPBM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s