Anwar Kekal Di Penjara Apabila Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan

PUTRAJAYA– Mahkamah Persekutuan hari ini menolak usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima anggota, dalam keputusannya menyatakan permohonan Anwar untuk semakan semula tidak mempunyai merit dan bukan kes yang layak untuk disemak semula oleh mahkamah.

Beliau juga berkata mahkamah mendapati tiada asas untuk menyokong dakwaan Anwar bahawa Pejabat Perdana Menteri telah campur tangan dalam keputusan panel hakim sebelum ini untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjaranya.

Dengan penghakiman hari ini, Anwar akan kekal di Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun.

Anwar, 69, telah memfailkan permohonan semakan semula supaya Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 dan menyemak semula keputusan panel lima anggota sebelum ini yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Secara alternatif, Anwar mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi dan menyabitkan Anwar selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Anwar melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 – BERNAMA

Semakan Kes Liwat : Tiga Hujah Anwar Tidak Kukuh

Permohonan Qazaf Anwar Terhadap Saiful Ditolak

Semakan Kes liwat Anwar Bukti Kimberley Motley Sekadar Peguam Pemerhati HRF

Tiada Peruntukan Undang-Undang Membolehkan Anwar Ditahan Di Rumah

Advertisements

One thought on “Anwar Kekal Di Penjara Apabila Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s