Faktor DAP & PAN, Hubungan PAS Dengan PPBM & PKR Perlu Dinilai Semula – Pesuruhjaya PAS Perak

pas-perakAIDCNews -14/12/16 – Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata PAS pusat bakal bermesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan hubungan parti Islam itu dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua parti itu bekerjasama dengan DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan.

“Kita (PAS) takkan bekerjasama dengan mereka yang berhubungan dengan DAP dan PAN, ” kata Razman berkaitan isu perjanjian kerjasama PPBM dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 semalam.

Menurutnya, sebarang kata putus berkaitan status kerjasama itu mungkin dimuktamadkan dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat.

“Cuma, ditegaskan dia (PKR) ada hubungan dengan di sana (Pakatan Harapan) tapi pada masa yang sama nak berhubung dengan kita, tak boleh macam itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Pendirian Razman itu konsisten dengan kenyataannya yang pernah dibuat pada tahun lalu iaitu tidak bersetuju hubungan dengan PKR diteruskan kerana parti Keadilan itu bekerjasama dengan DAP dan PAN.

“Sekarang PKR bersama dengan PH. Satu lagi pakatan BN (Barisan Nasional) dan UMNO. PAS sekarang DAP pun tak terima kita dan kita pun tak terima DAP.

“Sebagai parti politik kita kena bersedia untuk pilihan raya dan kita akan teruskan gerak kerja kita, kalau PKR kata dia nak duduk bersama PAN dan masa sama nak kerjasama dengan kita, tak bolehlah nak makan dua belah,”katanya.

Selanjutnya, sila baca “Pesuruhjaya PAS Perak Minta PKR Pilih Bersama PH Atau PAS

pas-harakah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s