Fitnah FELDA : AJK PAN Diisytihar Muflis

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Johor Bharu pada 30hb November 2016 berikutan kegagalan membayar denda dan gantirugi selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Mahkamah Tinggi tersebut telah menolak permohonan Mazlan, yang juga ahli jawatankuasa nasional PAN, untuk penggantungan prosiding serta turut menolak permohonan untuk mengenepikan petisyen pemiutang.

Pada 20 Julai 2009, FELDA telah mengemukakan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. diatas kandungan sebuah buku yang memfitnah FELDA iaitu “FELDA… Dulu Tolong Sekarang Ah Long”.

Buku tersebut menggambarkan FELDA mengaut keuntungan yang banyak sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya akibat salah laku plaintif, dan mereka dijadikan seperti hamba abdi ekoran dasar FELDA yang didakwa menindas.

Selain itu, FELDA juga mendakwa kandungan buku tersebut berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Pada 29 Mei 2015, FELDA telah memenangi kes saman fitnah tersebut dan Mahkamah telah memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise untuk membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta kos guaman kepada FELDA.

Kesemua Defendan diarahkan untuk membayar kepada FELDA gantirugi berjumlah RM350,000.00, 8% faedah, kos RM150,000.00 dan keuntungan dari penjualan buku tersebut.

Akibat kegagalan membayar keseluruhan jumlah tersebut, FELDA telah melaksanakan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan – feldavoice

Advertisements

One thought on “Fitnah FELDA : AJK PAN Diisytihar Muflis

  1. Sebenarnya Mazlan ni tak faham bagaimana kerajaan dan badan kerajaan berfungsi dan beroperasi atau dia memang kaki fitnah terhadap kerajaan.Saya pernah berkerja dgn kerajaan dan badan kerajaan dan sering bermesyuarat dgn banyak agensi kerajaan,namun tidak pernah ada satu pun yg menjalankan urusan mereka dgn maksud menipu.Kalau ada pun,jika berlaku sesuatu yg tidak baik ianya hayalah kerana kesilapan dan kecuaian pihak pegawai atau kakitangannya yg tidak mematuhi peraturan kerja mereka,atau mereka tersasar bila menggunakan budi bicara mereka .Polisi kerajaan dan badan kerajaan tidak pernah bertujuan utk menipu.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s