PPBM Mahu Tumpang Pakatan Harapan & PAS Untuk Dapat Kerusi

ppbmAIDCNews – 14/12/16 –Semata-mata untuk mendapatkan kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengikat perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH).

Pemeteraian perjanjian di antara PPBM dengan PH semalam hanya sekadar perjanjian kerjasama pembahagian kerusi di antara parti itu dengan gabungan pembangkang yang diterajui DAP, PKR dan PAN.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu PH agar mempertimbangkan agihan kerusi yang sesuai untuk ditandingi partinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

“Sebagai parti baru kita ingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang,” katanya dalam sidang media sempena majlis tandatangan perjanjian kerjasama politik antara PPBM dan PH.

ph

Perjanjian itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden PAN) dan Muhyiddin sendiri selaku Presiden PPBM.

Tambah bekas timbalan perdana menteri itu, perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak akan bermakna sekiranya parti pimpinannya tidak diberikan kerusi untuk pada PRU14.

“Kalau tidak, tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu dari bawah dan tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi,” katanya lagi.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata dalam perjanjian itu PH dan PPBM telah bersetuju meneruskan rundingan dengan PAS untuk memastikan hanya satu calon sahaja yang mewakili pembangkang bagi melawan Umno BN pada PRU14.

“berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon saja yang akan mewakili pembangkang melawan Barisan Nasional (BN),” kata Saifuddin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s