Anis Syafiqah Digantung Pengajian Satu Semester

AIDCNews -15/12/16 – Anis Syafiqah Md Yusof bersama dua mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang lain telah digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan didenda RM400 selepas didapati bersalah mencemar imej universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur, Ogos lepas.

Dua penuntut terbabit ialah Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohammad Luqman Nul Haqim.

Panel Tatatertib UM mendapati mereka bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan, melanggar kod etika mahasiswa, merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam.

Bagaimanapun, seorang lagi mahasiswa, Suhail Wan Azhar hanya dikenakan hukuman denda RM400.

4-um

“Universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara.

“Saya dan rakan-rakan tidak akan berhenti setakat ini. Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan.

“Jika tidak mendapat sambutan, kita tidak akan teragak-agak untuk bawa ke mahkamah,”kata Anis ketika dihubungi FMT.

Lembaga Tatatertib UM Dapati Anis Syafiqah Bersalah Anjur Perhimpunan Haram

teresakok
eddie

Advertisements

One thought on “Anis Syafiqah Digantung Pengajian Satu Semester

  1. Begitu bagus saranan Eddie Eng dan Teresa Kok.
    Perlu lebih ramai lagi student-student yang `bijak` ini meneruskan perjuangan yang mereka sendiri tidak jelas sehingga akhirnya mereka terkandas dalam pengajian lalu merugikan diri sendiri.
    Contoh telah banyak di masa yang lalu..teruskan..yakin boleh.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s