PKR Nasihat Muhyiddin Agar Tidak Terlalu Gelojoh Tuntut Kerusi

AIDCNews -15/12/16 –Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menasihati Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan.

“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada FMT.

Pada 13 Disember lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, muafakat kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.

Advertisements

One thought on “PKR Nasihat Muhyiddin Agar Tidak Terlalu Gelojoh Tuntut Kerusi

  1. Baru soal pembahagian kerusi dah timbul mcm2 masalah. Punca utama semua parti mahu berkuasa, semua mahu bertanding di lebih banyak kawasan.
    Dalam Pakatan spt inilah parti serpihan spt PAN dan PKR cuba raih tempat walaupun hakikatnya mereka tiada kekuatan.
    Saya tak lihat PAS sbg punca masalah sbb mereka sgt kukuh berbanding parti setahun jagung yg tak pasti lg kekuatannya. Malah kemungkinan boleh beri impak negatif kpd rakan pakatan spt PKR mahupun PAS.
    Sepatutnya PPBM PAN bergabung membentuk satu lagi blok besar parti melayu. Sekrg dua parti ini nampak tersepit dan hanya harap simpati abang besar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s