PPBM Kemaruk Kerusi

My Nation News – Awal bulan ini, kita dihamparkan dengan pelbagai kisah jenaka berkait dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mungkin tajuk kepada artikel ini sesuai dengan apa yang sedang berlaku dengan PPBM diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 8 Disember lalu, Dr Mahathir menulis mengenai pembatalan jemputan yang dihantar kepadanya bagi Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dr Mahathir yang seharusnya memahami protokol Istana Negara apatah lagi jika kita mengambilkira jawatan beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun tentu tahu ia bukanlan tertakluk kepada Bahagian Istiadat di bawah Jabatan Perdana Menteri sebaliknya di bawah kuasa Pejabat Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja.

Lantas bagi mengisi kehendak politiknya, Dr Mahathir membuat tuduhan mempersendakan satu institusi yang amat kita hormati.

“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional,” rintih Dr Mahathir berdrama kononnya naif tentang urusan Istana Negara di blognya.

Seperti dijangkakan, timbul pula Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan kenyataan merintih merayu jemputan lain untuk menyerahkan tempat duduk mereka kepada Dr Mahathir dan isteri.

“Kepada Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk yang bakal hadir, alangkah eloknya sekira ada dua kerusi yang dapat dilapangkan dan diberi kepada Tun (Mahathir) dan Tun Siti (Hasmah Ali),” kata Syed Saddiq sebagaimana dipetik portal Malaysiakini yang turut dibiayai individu yang bertanggungjawab dalam keruntuhan beberapa negara di dunia – George Soros.

Syed Saddiq masih mentah. Dia terlalu mentah untuk memahami protokol dan urusan Istana Negara namun PPBM melantiknya sebagai Ketua Armada. Armada bermaksud angkatan laut yang diisi soldadu yang sanggup berperang. Agak malang sebenarnya seorang budak mentah menerajui soldadu yang boleh dikira dengan jari dan dipanggil armada.

Istiadat yang diadakan bukanlah seperti majlis kahwin. Atau mungkin Syed Saddiq menganggapnya ia seperti majlis sambutan harijadi di Mcdonalds atau majlis graduasi Tadika Kemas. Ia berbalik kepada pengalaman seseorang kerana dengannya, ia turut disisipkan dengan ilmu dan bukan sekadar ‘sedap cakap.’

Bagaimana agaknya soldadu bawahan menepis kejian masyarakat apabila seorang yang mentah dipilih sebagai ketua mereka dan kerap pula merepek tentang perkara-perkara yang dia sendiri tidak tahu melalui pengalaman yang masih belum dilaluinya?

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ia tidak boleh dijual beli. Tanpanya, kita akan kerap merepek dan memalukan diri sendiri kerana masih naif dan bagaimana agaknya ‘tukang-tukang’ yang mengaku diri mereka pakar duduk di bawah ‘lembayung’ Syed Saddiq?

Mungkin begini agaknya setiap kali Syed Saddiq membuka mulut.

Untuk melengkapkan kisah jenaka PPBM ini, hadir pula Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir dengan rintihan tentang kerusi juga.

Selepas menandatangani memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dan PPBM di Petaling Jaya pada Selasa lalu, Muhyiddin mengharap simpati rakan kerjasama untuk memberikan mana-mana kerusi agar parti berkenaan boleh bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Sebagai parti baharu, kita belum ada kerusi lagi. Jadi kita minta tiga kawan sebelah saya (merujuk kepada PKR, DAP dan AMANAH) menimbangkan untuk beri ruang,” rayu Muhyiddin.

Namun begitu, bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini pernah menyatakan PPBM hanyalah satu parti picisan.

Dan sebelum ini juga, ketika Deklarasi Rakyat dibuat oleh Pakatan Harapan bersama Dr Mahathir, Rafizi menafikan gabungan pembangkang mengikut telunjuk Dr Mahathir sebaliknya bekas Perdana Menteri itu datang kepada mereka.

“Deklarasi yang itu sebenarnya, bukan kita yang datang kepada Tun Mahathir tetapi Tun Mahathir yang datang kepada pembangkang.

“Sebab itu apabila mereka datang kepada kita tambah pula deklarasi itu sesuatu yang kita telah sebut bertahun-tahun. Skrip itu skrip kita, bukan kita baca skrip dia. Dia baca skrip kita,” kata Rafizi mengenai kerjasama antara Pakatan Harapan dan Dr Mahathir ketika Deklarasi Rakyat.

Manakala sebelum mereka melangkah terlalu jauh, kita jangan lupa kisah jenaka ketika Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) pada Mei lalu apabila gabungan parti dalam Pakatan Harapan bertelagah sesama sendiri mengenai kerusi.

Inikan pula Muhyiddin mahu merayu simpati dari Pakatan Harapan.

Pada PRN itu, sekurang-kurangnya sembilan kerusi menyaksikan parti gabungan pembangkang ini melawan sesama sendiri sehingga ia turut mengundang perbalahan antara sesama mereka di laman sosial.

Turut tercetus satu video Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau yang mahu pengundi berbahasa Mandarin menyokong calon DAP bagi memastikan calon mereka, Abdul Aziz Isa dapat menjahanamkan orang Melayu sendiri jika menang kerusi N13 Batu Kitang.

Bagi kerusi Batu Kitang pada PRN Sarawak itu, Abdul Aziz turut berdepan dengan calon PKR, Voon Shiak Ni dalam pertandingan lima penjuru termasuk dua calon bebas.

Calon Barisan Nasional, Lo Khere Chiang memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,840 undi.

Kita tunggulah kemuncak kepada jenaka ini nanti tentang kerusi.

Namun sebelum tiba ke saat itu, eloklah sesiapa sudi dermakan kerusi berwarna merah kepada Dr Mahathir, Muhyiddin dan Syed Saddiq buat pengubat hati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s