Rundingan Dengan PAS Hingga Januari Depan, Tegas Muhyiddin

AIDCNews -15/12/16 –Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu partinya masih belum menyertai Pakatan Harapan sepenuhnya kerana masih terikat dengan rundingan PAS.

“Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan Pakatan Harapan. Sebab rundingan (dengan PAS) itu baru bermula, kita sekarang ini masih meneruskan rundingan (dengan PAS) itu sehingga ke satu peringkat masa.

“(Pimpinan) Pakatan Harapan menyatakan..kita (PPBM) masih boleh meneruskan (rundingan dengan PAS),” katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin menegaskan partinya telah bersetuju untuk meletakkan tempoh rundingan dengan PAS iaitu sehingga Januari depan.

“Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama (antara kita).

“Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan … tahun depan,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata pertemuan dengan PPBM sebelum ini tidak lebih sekadar bertukar-tukar fikiran tanpa apa-apa keputusan muktamad.

“Hubungan dengan PPBM masih belum wujud lagi sehingga hari ini, hanya ada beberapa pertemuan antara pimpinan sebelum ini.

“Semua hubungan baru dengan pihak luar mestilah mendapat persetujuan MSU (Majlis Syura Ulama). Buat masa ini belum ada apa-apa cadangan tentang hubungan dengan PPBM di bawa dalam PAS Pusat, kemudian kepada MSU,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.

Tegas beliau lagi, buat masa ini PAS hanya bersama Gagasan Sejahtera dan mengalu-alukan PPBM untuk menyertai blok ketiga pembangkang itu.

Mengulas mengenai perjanjian yang diikat antara Pakatan Harapan bersama PPBM, Zuhdi berkata ia hanyalah persefahaman demi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau turut yakin bahawa kesepakatan itu tidak mengikat PPBM dengan PH secara mutlak.

“Sasaran perjanjian tersebut ialah mereka akan membentuk satu gabungan baru sebelum PRU akan datang dengan menggunakan satu lambang, di samping kemungkinan mengisytiharkan barisan kabinet bayangannya.

“Oleh sebab itu selagi belum dicapai sasaran tersebut, hubungan PH dan PPBM, pada pandangan saya belum muktamad,” katanya.

Zuhdi berkata demikian ekoran melihat kepada tindak-tanduk PPBM yang belum berani memuktamadkan hubungan tersebut kerana dikatakan masih mengharapkan PAS untuk turut serta.

“Jika berdasarkan klausa nombor 4 dalam perjanjian tersebut, mereka masih mengharapkan rundingan dengan parti lain, boleh jadi ia merujuk kepada PAS atau boleh jadi tidak.

“Tan Sri Muhyiddin dalam dilema dengan situasi politik sekarang, kerana PAS sudah memberikan kata putus sejak awal lagi, tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN dan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan kedua parti itu.

“Saya tidak lihat beliau akan berjaya memujuk PAS untuk mengubah keputusan MSU yang sudah muktamad,” tegasnya.

Advertisements

One thought on “Rundingan Dengan PAS Hingga Januari Depan, Tegas Muhyiddin

  1. Apa ada masalahnya..PPBM tubuh satu lagi parti baru.
    Satu join dengan PH dan satu lagi join dengan Gagasan Sejahtera.
    Bangsa kita memang perlu lebih banyak lagi parti supaya pilihanraya lebih meriah dan ceria..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s