Gagal Di Mahkamah, Anwar Mohon Pula Pengampunan Agong

anwar-di-penjaraAIDCNews -16/12/16 –Selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Anwar terhadap hukuman penjara kerana bersalah meliwat, Ketua Umum PKR itu mengulangi episod lama iaitu cuba mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V.

Perkara itu diberitahu oleh Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis solat hajat mendoakan pembebasan Anwar sehari sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

“Ia adalah salah satu pilihan, tapi kita perlu bincang dengan Anwar terlebih dulu.

“Kami harap keputusan esok (14 Dis) akan menjadi pilihan yang lebih mudah,” kata Wan Azizah kepada 50 orang, anggota PKR yang berkumpul di rumah Anwar untuk menunaikan solat hajat bagi mendoakan pembebasan ketua umum parti mereka itu.

Pada 14 Dis, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak usaha terakhir Anwar untuk mengetepikan sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tidak mempunyai merit dan asas yang kukuh untuk menyemak semula kes tersebut.

Anwar Kekal Di Penjara Apabila Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan

wan

Seperti sudah menjangkakan permohonan Anwar itu bakal ditolak, Wan Azizah kembali mengulangi skrip lama, iaitu cuba memohon pengampunan Agong.

Anwar pernah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, namun permohonan itu telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

“Mungkin Agong baru akan mempunyai cara yang baru (untuk melakukan sesuatu),” kata Wan Azizah.

Beliau berkata Anwar sebelum ini keberatan mendapatkan pengampunan kerana ia akan menjadi satu pengakuan bersalah.

Bagaimanapun dakwa isterinya, Anwar telah mengubah fikiran dengan berpendapat pengampunan itu dibuat atas alasan ketidakadilan.

Peguam Kitson Foong berkata Anwar perlu menunjukkan penyesalannya dalam membuat permohonan pengampunan, tetapi keputusan terakhir bergantung kepada Agong.

Seorang lagi peguam, S N Nair bersetuju hanya pengampunan penuh dapat memadamkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.

Menurutnya, Anwar dilarang bertanding pilihan raya selama 5 tahun lagi selepas dibebaskan pada 2020 nanti.

“Beliau akan berusia 78 tahun ketika itu,” kata Nair yang juga bekas peguam bela Anwar dalam kes liwat II.

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Anwar Cabar Keputusan Lembaga Pengampunan

Jabatan Peguam Negara Bantah Permohonan Anwar Batal Keputusan Lembaga Pengampunan

Advertisements

One thought on “Gagal Di Mahkamah, Anwar Mohon Pula Pengampunan Agong

  1. Adakah bang non telah membuat permohonan taubat dan ampun kepada Yang Maha Agung di bandingkan daripada mendahului minta ampun daripada hamba Allah yang bernama YDPA.YDPA besar kemungkinan akan bertanya soalan yang serupa kepada bang non.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s