Impak Kemasukan PPBM Dalam PH, Desakan PAN Dibubar Makin Lantang

muh1AIDCNews -16/12/16 –Penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan telah menyebabkan masalah pembahagian kerusi semakin rumit sehingga menimbulkan cadangan agar PAN dibubar dan diserapkan ke dalam PKR.

Namun cadangan itu dibantah oleh Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang berkata sepatutnya kelima-lima parti pembangkang, DAP, PKR, PPBM, PAN dan PAS perlu duduk semeja untuk berunding soal pembahagian kerusi.

“Dulu kita ada tiga parti, PAS-PKR-DAP. Sekarang ni kita dah ada lima parti, kalaulah dikatakan persefahaman (baru) ini menjadi kenyataan (sebab itu) soal pembahagian kerusi ini tidak boleh (dibahagi) ikut ‘status quo’ lagi dah.

“Kelima-lima parti ini kena bincang balik, duduk di meja rundingan untuk dibincangkan. BERSATU (PPBM) pun nak bertanding. Kalau PKR, PAS, DAP tak beri kerusi kepada BERSATU (PPBM) akan jadi masalah.

“Sebab itu dalam soal pembahagian kerusi tu kena bincangkan semula supaya biarlah ada situasi menang-menang,” katanya.

Sany berkata demikian bagi mengulas cadangan Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin, supaya PAN dibubar dan bergabung dengan PKR untuk mengelakkan berlaku ketegangan dalam soal pengagihan kerusi pada PRU14.

“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.

“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.

“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.

Afif yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan orang kepercayaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagimanapun cadangan Afif itu dibidas oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang disifatkannya sebagai cadangan kurang matang.

“Saya menghormati pandangan Dr Afif. Cumanya, saya anggap idea percantuman itu sebagai idea yang pramatang,” katanya.

Saifuddin merupakan orang kanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di Mana PPBM Bakal Bertanding, Soal Pengarah Pilihan Raya PAN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s