Anwar Tetap Calon PM, Bukan Muhyiddin! – Kit Siang

wan-azizahKUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan tetap memilih Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat sebagai calon Perdana Menteri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Anwar yang didapati salah meliwat pembantu peribadinya akan tetap menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan walaupun wujud kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tegas beliau, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekadar layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk sementara sehingga Anwar dibebaskan dari penjara.

“Keputusan Pakatan Harapan bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri apabila pakatan pembangkang menang pilihan raya umum masih tidak berubah.

“Kita akan cuma memerlukan Perdana Menteri sementara sebelum Anwar dibebaskan. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (isteri Anwar) calon yang baik memegang jawatan itu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri sementara,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dan PPBM baru-baru ini menandatangani satu perjanjian kerjasama semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Konflik timbul tidak lama selepas itu apabila sebahagian besar penyokong kedua-dua pihak mula mempersoalkan siapa bakal Perdana Menteri jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan.

Penyokong Pakatan Harapan mahu Anwar atau Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, manakala penyokong PPBM mahu Muhyiddin memegang jawatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s