Bukti Kit Siang Ketua De Facto Pakatan Harapan

kitAIDCNews -17/12/16 –Pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 oleh Lim Kit Siang membuktikan DAP merupakan ketua de facto Pakatan Harapan (PH).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengumuman yang dibuat oleh Kit Siang itu membuktikan DAP merupakan mastermind dalam penentuan sesuatu jawatan penting negara.

“Sekarang Lim Kit Siang berkata Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin, masing-masing akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara.

“Ini bermakna Wan Azizah akan menjadi perdana menteri hanya untuk beberapa bulan sehingga Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, dibebaskan dari penjara, anggota Parlimen PKR akan mengosongkan kerusi, pilihan raya kecil diadakan, dan Anwar memenangi pilihan raya itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, keseluruhan proses mengambil masa beberapa bulan,” kata Salleh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebaik sahaja Anwar mengambil alih sebagai PM, beliau kemudiannya akan memilih Timbalannya untuk menggantikan TPM sementara, Muhyiddin.

“Siapa bakal timbalan perdana menteri Anwar tidak diketahui di peringkat ini,” katanya

Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang tidak memaklumkan sama ada cadangan perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara itu berdasarkan kata sepakat daripada semua parti dalam Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi PPBM.

“Adakah ini juga terpakai sekiranya DAP menang paling banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum dan beberapa orang-orang yang menang adalah calon Melayu DAP?

“Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar kerana Anwar tidak pernah memohonnya? Adakah Anwar bersetuju untuk memohon pengampunan atau beliau masih berkeras tidak akan memohon perkara itu kerana ini sama seperti mengaku bersalah?

“Adakah PM dan TPM sementara kemudiannya akan terus memegang jawatan itu selama-lamanya jika Anwar gagal untuk diampunkan dan dibebaskan?,”soalnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s