Hasil Kajian Palsu Dikitar Semula Untuk Potret ‘Anwar Popular’

cartaAIDCNews -17/12/16 –Setiap kali penganalisis berpendapat Anwar Ibrahim sudah tidak relevan dalam arus politik negara mutakhir ini, badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) akan menerbitkan ‘hasil kajian’ yang menunjukkan Ketua Umum PKR masih popular berbanding dengan tokoh pembangkang yang lain.

“Ketokohan Anwar dilihat terserlah apabila diletakkan dalam soalan berhubung tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia. Beliau menduduki tangga tertinggi 30 peratus lebih popular selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain.

“Anwar juga menjadi pilihan 29 peratus pengundi belia. Melihat perincian sokongan kaum, beliau menjadi pilihan tertinggi daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India,” kata Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi, IDE, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Shaharuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian sebagai membidas kenyataan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood yang menyarankan agar Pakatan Harapan menumpukan isu lain selain Anwar.

“Tidak dinafikan faktor Anwar itu penting kepada Pakatan Harapan. Ia boleh menjadi satu kelemahan dan juga kelebihan kerana isu ini boleh jadi modal untuk PRU14.

“Isu Anwar mungkin relevan pada PRU11, 12 dan 13 tetapi ia semakin dilupakan. Pakatan Harapan tidak perlu lagi menekankan isu Anwar walaupun penting kerana semakin kurang didengari oleh pengundi.

“Banyak isu lain yang perlu dijaja dan diatasi oleh Pakatan Harapan. Itu semua faktor utama untuk menyedarkan rakyat supaya menyokong mereka,” katanya.

carta1

Pada 27 Sept lalu, IDE menerbitkan carta yang sama (di atas) apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen menaikkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

Hanisya Abdul Hamid berpendapat dapatan hasil kajian IDE itu tidak menghairankan kerana badan pemikir itu ditaja oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama bekas pimpinan ABIM yang pro Anwar.

“Kena ketahui siapa di belakang Institut Darul Ehsan (IDE).

“Penasihatnya Azmin Ali, Pengerusinya bekas Presiden ABIM kini mengetuai WADAH sebagai Presidennya, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, yang tersohor seantaro dunia amat rapat sekali dengan Anwar Ibrahim …. lembaga-lembaga pengarahnya pro-pro ketat pekat Anwar Ibrahim termasuk Ketua AMK Pusat dan Naib Canselor UNISEL.

“Jadi segala hasil kajian dilakukan IDE sudah pasti akan memihak kepada Anwar Ibrahim dan PKR … NOKTAH!!!!,”katanya.

hani

Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik

Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor

Advertisements

3 thoughts on “Hasil Kajian Palsu Dikitar Semula Untuk Potret ‘Anwar Popular’

  1. rasanya anwar ibrahim boleh dapat 100% undi jika diubah sedikit soalan..misalnya; siapakah pemimpin pembangkang di negara ini yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan meliwat..?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s