Mukhriz Harap PAS Dapat Berkorban Kerusi

SHAH ALAM: Jangan buat spekulasi bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘dipermainkan’ Pakatan Harapan (PH) bersabit soal agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, tegas timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, soal pembahagian kerusi akan ditentukan dengan semua pimpinan parti pembangkang duduk semeja, dan pertimbangan susulan akan dibuat selepas kata putus dicapai.

“Kita belumpun duduk semeja dengan semua pihak (pembangkang). Bagilah kami masa sikit untuk bincang dengan semua pihak.

“Saya kira, saya masih optimis dengan peluang kita (PPBM),” katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengatakan PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ujar Tian, target undi PPBM adalah dikalangan pengundi Melayu justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Tian Chua yang dipetik laporan akhbar berbahasa Ingggeris berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

PPBM dan PH pada 13 Disember lalu telah mengikat perjanjian untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang Umno-BN pada PRU14.

Mengulas lanjut bersabit perkara itu, Mukhriz berkata, semua pihak perlu berkompromi jika tidak mahu Umno-Barisan Nasional (BN) terus kekal sebagai kerajaan selepas PRU14.

“Saya yakin yang kalau semua orang bersatu hati mahu menubuhkan kerajaan baru, semua faham bahawa kena wujud kompromi. Kalau tiada kompromi, sesiapa pun tak mahu berkorban sedikit kepentingannya, maka perkara ini tak akan menjadi dan PRU14 nanti kita akan menyaksikan Umno-BN masih kekal sebagai kerajaan.

“Pihak kami bersedia untuk berkorban kerana kita tahu ada matlamat lebih besar daripada hal-hal lain,” kata mantan Menteri Besar Kedah itu.

Dalam pada itu mengulas mengenai rundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

“Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

“Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS,” katanya lagi – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s