Orang Kanan Azmin Gesa PPBM & PAN Tidak Bertanding Di Selangor

panAIDCNews -17/12/16 –Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei menggesa PPBM dan PAN agar tidak meletakkan calon di Negeri Selangor dan Pulau Pinang, sebaliknya bertanding di negeri-negeri lain yang diperintah Barisan Nasional (BN).

“Keadilan (PKR) Selangor bersetuju strategi satu lawan satu melawan BN dapat dicapai de­ngan menyeru PPBM memberikan lebih fokus serta tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri-negeri lain yang belum dikuasai pakatan (pembangkang).

“Bagaimanapun, kita akur de­ngan sebarang arahan pimpinan (PKR) Pusat. Pembahagian kerusi hanya ditentukan di peringkat Pusat dan Keadilan Selangor akan memberikan cadangan berse­suaian secara tertutup,” kata Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengulas gesaan PKR itu, penganalisis politik, Edwin Michael berpendapat ia merupakan gambaran dwi-standard, gah di luar tetapi bercakaran di peringkat dalaman.

“Ini adalah satu signal bahawa PPBM diterima sebagai rakan dalam PH tetapi tidak diterima dalam konteks pembahagian kerusi. Mereka mengatakan kita berkongsi ideologi yang sama tetapi itu tidak bermakna kita akan memberikan anda (PPBM) kerusi.

“Ini adalah sebagai satu gimik politik, pada awalnya dilihat terlalu gah kononnya mereka akan membentuk satu pakatan yang sangat kuat untuk jatuhkan BN tetapi sebaik timbul isu pengagihan kerusi kita dah nampak wajah sebenar pembangkang yang bercakaran sesama sendiri dan memberi amaran keras,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Bukan hanya Suhaimi, Naib Pengerusi PKR, Tian Chua juga mencadangkan agar PPBM memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi di kawasan Melayu dan bukannya mengharapkan peluang itu diberikan oleh PH.

Tian Chua yang dipetik laporan akhbar berbahasa Ingggeris berkata, PH tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Mengulas lanjut, Edwin berkata beliau amat yakin ‘kejadian’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal berulang kembali.

Ini kerana ujarnya, perkara itu sudah dapat dilihat apabila PKR mahu merebut kerusi Parlimen Sg Siput yang dimiliki Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Kalau benarlah pilihan raya umum tahun depan, saya rasa PH sebenarnya tidak bersedia sama sekali untuk berdepan lebih-lebih lagi melibatkan soal kerusi.

“Kita boleh anggap drama yang sama juga akan berulang dalam PRU akan datang nanti, satu indikator yang jelas dapat dilihat sekarang adalah kerusi Parlimen Sg Siput yang dimiliki PSM.

“Ada ura-ura mengatakan bahawa PKR mahu meletakkan calon di kerusi tersebut dan mendapat amaran daripada PSM untuk tidak menganggu kerusi berkenaan,” ujar beliau lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s