Padangan Mukhriz Terhadap PAS Berbeza Ikut Keadaan

mukhriz_dan_muhyidinAIDCNews -17/12/16 –Pandangan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap PAS tidak konsisten dan boleh berubah mengikut keadaan.

Semalam, Mukhriz mendakwa PAS diperkudakan UMNO jika berlaku pertandingan tiga penjuru kerana keengganan PAS menyertai kerjasama bersama Pakatan Harapan.

“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah UMNO ini perkuda PAS. Dia (UMNO) guna PAS hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya UMNO untung. Jadi kat mana untung untuk PAS,” katanya dalam program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Turut serta pada program bersama Mukhriz itu, dua wakil rakyat PAS iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada 27 Jun lalu, Mukhriz melemparkan tuduhan liar terhadap PAS dengan mendakwa terdapat perjanjian dengan UMNO yang membabitkan ‘pertukaran’ melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan, Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS…,” katanya.

Ketika itu Mukhriz mengambil pendirian seolah-olah ‘berpihak’ kepada UMNO dan ‘memusuhi’ PAS.

“Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk UMNO Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada,” katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s