Jika Pembangkang Tawan Putrajaya : DAP Penentu Siapa Bakal PM – Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR: DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia terbukti daripada kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyatakan persetujuan DAP untuk jawatan perdana menteri jika mereka memerintah negara.

“Akhirnya terbukti memang benar bahawa kerajaan pimpinan UMNO sekarang memang berhadapan dengan pembangkang pimpinan DAP.

“Ini dibuktikan dengan kenyataan Muhyiddin semalam, apakah dia ingat, DAP akan pilih dia menjadi PM, seronok dengar angan-angan saudagar mimpi ini.

“Bagaimana kamu hendak menjadi PM? Satu-satunya kerusi yang pembangkang akan benarkan kamu bertanding tanpa perebutan kerusi hanyalah Pagoh,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Lokman, Muhyiddin perlu ingat, dia perlu meminta ehsan PKR untuk melepaskan kerusi yang dulu mereka tandingi.

“Kalau mereka sanggup lepaskan 30 peratus sekalipun, macamana kamu hendak beri isyarat kepada rakyat bahawa kamulah calon Perdana Menteri Pakatan sekiranya jumlah kerusi yang PPBM tandingi kurang dari rakan Pakatan lain?

“Kemudian kamu kena minta kerusi yang PAS tandingi pula. Bukan sahaja PAN sudah kelaparan menunggu hendak bertanding di kerusi PAS, perlu diingatkan juga bahawa sokongan PAS masih kukuh dan mustahil mereka langsung tidak mahu bertanding pilihanraya depan.

“Lagipun, Muhyiddin kena ingat, Mahathir meletak beliau sebagai calon Perdana Menteri hanyalah sebagai batu penyendal sementara menunggu anaknya bersedia untuk mengambil alih,” jelasnya.

Ujarnya lagi, satu kesilapan besar jika Datuk Seri Anwar Ibrahim pula merasakan bahawa bahawa beliaulah calon Perdana Menteri Melayu yang dimaksudkan oleh DAP.

“Anwar memang beliau silap besar. Calon perdana menteri akan datang daripada parti yang menang paling banyak kerusi di kalangan pembangkang.

“Dan parti yang akan menang paling banyak kerusi di kalangan pembangkang sekiranya BN tumbang sudah tentulah DAP. Ini disebabkan parti yang bertanding di kerusi Melayu di kalangan pembangkang sangatlah banyak.

“PKR, PPBM dan PAN sudah pasti akan berkongsi sorang sedikit dan UMNO sudah pasti akan mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Melayu,” katanya.

Sebaliknya jelas Lokman, DAP akan membolot hampir semua kerusi di kawasan Cina dan menyerahkan beberapa kerusi yang sukar dimenangi kepada rakan Pakatan yang lain.

“DAP sudah sedar kesilapan mereka pada tahun 2008, bila mana mereka menang 18 kerusi di Perak, mereka terpaksa mengorbankan kerusi Menteri Besar tersebut untuk diberikan kepada PAS yang hanya mempunyai 6 kerusi.

“Ini adalah disebabkan calon MB mestilah Melayu dan beragama Islam mengikut Undang-Undang tubuh Negeri Perak.

“Jika Muhyiddin dan Anwar fikir DAP akan bagi mereka peluang menjadi Perdana Menteri, memang sahlah bacaan politik mereka sangat lemah,” jelasnya.

Lokman memberitahu, sejak 2008, DAP sudah mula mendekati orang Melayu secara agresif dan mengetengahkan tokoh-tokoh Melayu.

“Mereka sudah mula meletakkan calon-calon Melayu di DUN mahupun Parlimen pada tahun 2013. Lagipun, kekuatan Anwar sejak disumbatkan semula di dalam penjara ini sangatlah rapuh.
“Hanya Wan Azizah dan Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR yang masih boleh Anwar harapkan. Itu sebabnya Anwar akan turunkan Nurul Nuha, anak keduanya pula untuk bertanding kerusi Parlimen.

“Di dalam PKR kini, wala’ kebanyakkan ahlinya sudahpun beralih kepada Azmin Ali yang bila-bila masa dijangka bisa menumbangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR,” ujarnya.

Jadi katanya, rakyat Malaysia sewajarnya lebih bijak menilai dan jangan lagi tersilap langkah seperti rakyat Perak pada tahun 2008.

“Akibat sikap ingin mencuba pemerintahan baru, sehingga kini keputusan yang Nizar Jamaluddin buat iaitu memberikan tanah tol 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baharu, Perak kerana akur desakan DAP, tidak dapat diubah balik sehingga kini.

“Nasib baik mereka hanya memerintah Perak selama 11 bulan, cuba bayangkan kalau negara ini jatuh ketangan pembangkang yang dikuasai DAP. Alamat musnahlah segala-galanya.

“Belumpun mereka memerintah, hendak tentukan siapa bakal perdana menteri pun ditentukan oleh DAP. Amat menyedihkan, manusia yang sebelum ini kata dia “Malay First, Malaysian Second” kini dah jadi ‘Whatever DAP decide, i follow’. Macam itupun ada hati nak jadi perdana menteri,” katanya- Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s