Anwar Dipilih Sebab Boleh Telan Doktrin DAP -Ibrahim Ali

AIDCNews -19/12/16 – Anwar Ibrahim tetap dipilih sebagai calon Perdana Menteri, jika Pakatan Harapan-PPBM berjaya menawan Putarajaya pada PRU 14 sebab Ketua Umum PKR itu boleh menelan doktrin DAP,’Malaysian Malaysia’, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

“DAP sebagai anggota Pakatan Harapan, dia (DAP) cuba menentukan peranannya sebagai parti dominan dalam Pakatan Harapan.

“Dan yang membuat pengumuman (Anwar bakal PM) ini ialah YB Lim Kit Siang. Bukannya jurucakap kepada Pakatan Harapan iaitu (Datuk) Saifuddin Abdullah

“Lim Kit Siang terlebih awal memintas membuat pengumuman ini yang sepatutnya dibuat dalam bentuk sidang media penuh yang dihadiri oleh semua pihak, termasuk presiden-presiden parti yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jadi timbul persoalan mengapa Lim Kit Siang terlebih awal, memintas membuat pengumuman ini,”katanya.

Ibrahim berpendapat DAP sengaja memilih Anwar Ibrahim untuk memastikan parti itu kekal dominan dalam Pakatan Harapan tanpa diganggu gugat oleh parti-parti kompenan yang lain.

“Anwar calon selesa dengan DAP, Anwar telah tunjukkan bahawa dia boleh menelan doktrin yang dibawa DAP.

“Malah, dia (Lim Kit Siang) juga tahu Wan Azizah boleh dilenggang-lenggok oleh DAP seperti mana DAP lenggang-lenggok kepada (bekas Menteri Besar Perak) Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Mudah untuk DAP memasuk jarum dari segi agenda-agenda mereka,” katanya lagi

Advertisements

One thought on “Anwar Dipilih Sebab Boleh Telan Doktrin DAP -Ibrahim Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s