Kerjasama Politik Dengan PH-PPBM Lebih Penting Daripada PAS – MPT PKR

AIDCNews -19/12/16 –Kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH)-Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih penting berbanding dengan PAS, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat dan Biro Pekerja PKR berkata komitmen partinya dengan PAS dalam tahaluf siyasi menerusi kerajaan Selangor ‘kurang menyumbang’ kepada kelangsungan dan kekuatan politik pembangkang.

“Kita fikir skala yang besar. Yang kecil tak boleh kerja, kita lihat dalam gambaran yang besar, yang lebih bermanfaat untuk kita renung bersama,” katanya hari ini.

Sebab itu, Abdullah Sani berkata muafakat politik di antara PH dan PPBM telah diikat secara rasmi.

Walau bagaimana pun, Abdullah Sani tidak menafikan tahaluf siyasi PKR dan PAS masih penting dan wajar diteruskan meskipun kedua-dua parti itu tidak diikat secara rasmi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s